Sekilas
- Filem SAYANG SAYANG menggabungkan lebih 100 pelakon dan penggiat industri dari Malaysia, Taiwan, dan India, termasuk Lee Lee-Zen dan Sasha Tang.
- Filem ini menampilkan kepelbagaian budaya dan perspektif melalui kerjasama kreatif antara bakat dari tiga negara.
- SAYANG SAYANG mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu mencari identiti dan impian, akan ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober dan Malaysia pada 5 November.
Filem SAYANG SAYANG tampil dengan keistimewaan tersendiri apabila menghimpunkan lebih 100 pelakon dan penggiat industri perfileman dari Malaysia, Taiwan dan India.
Antara nama yang terlibat ialah pelakon Taiwan, Lee Lee-Zen, serta pelakon yang semakin meningkat naik, Sasha Tang.
Turut membarisi filem ini ialah barisan pelakon Malaysia seperti Jo Kukathas, Mhia Firdaus, Nandagopall Mohan, Ong Ai Leng, Farah Ahmad, Amir Ahnaf, Vemanna Appannah, Khir Rahman, Mia Tan Shu Man, Jonathan Lee dan Tan Li Yang.
Gabungan bakat dari tiga negara ini menjadi antara kekuatan utama SAYANG SAYANG sekali gus memperlihatkan kepelbagaian budaya dan perspektif yang dibawa oleh setiap pelakon serta penggiat yang terlibat.
Lebih daripada sekadar menghimpunkan barisan pelakon yang pelbagai, penglibatan bakat dari latar belakang berbeza turut membuka ruang kepada pertukaran idea dan pendekatan kreatif yang mampu memperkayakan hasil produksi.
Kepelbagaian ini menjadi aset penting buat SAYANG SAYANG dalam menampilkan sebuah karya yang mempunyai identiti tersendiri, di samping mencerminkan potensi kerjasama seni merentas budaya dalam industri perfileman.
Filem arahan Tang Hsiang-Cu ini mengisahkan tiga anak muda pekak dan bisu daripada latar belakang berbeza, Ajay, Mina dan San San yang mencari identiti, impian serta tempat mereka dalam kehidupan.
SAYANG SAYANG bakal ditayangkan di Taiwan pada 16 Oktober ini sebelum menggegarkan pawagam di Malaysia bermula 5 November depan.