Skip to main content

Berita

Kerajaan Kekalkan Harga Subsidi RON95 RM1.99 Seliter, Kuota Dikurangkan Daripada 300 Liter Ke 200 Liter Berkuat Kuasa 1 April

Budi Madani RON95

Sekilas

  • Kerajaan mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter melalui program BUDI95, tetapi harga RON95 tanpa subsidi dan RON97 naik 60 sen, manakala diesel naik 80 sen.
  • Kuota penggunaan BUDI95 diselaraskan sementara daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026 untuk memastikan subsidi dinikmati majoriti rakyat.
  • Had siling penggunaan BUDI95 bagi pekerja e-hailing dan gig kekal pada 800 liter sebulan bagi meringankan beban golongan tersebut.

Kerajaan mengekalkan harga RON95 bersubsidi pada RM1.99 seliter melalui Budi Madani RON95 (BUDI95) namun, RON95 tanpa subsidi dan RON97 masing-masing naik 60 sen sementara diesel semenanjung Malaysia naik 80 sen. 

Walau bagaimanapun, Kerjaan akan menyelaraskan sementara kelayakan penggunaan BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April ini dalam usaha memastikan subsidi bahan api terus dinikmati majoriti rakyat.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah itu diambil sebagai pendekatan bersasar susulan ketidaktentuan pasaran minyak global dan kesan konflik di Asia Barat terhadap bekalan serta ekonomi dunia.

Ujarnya, penyelarasan itu tidak menjejaskan sebahagian besar pengguna memandangkan data menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter sebulan.

"Kita (sudah) meneliti apakah penggunaan BUDI95 ini mencukupi. Kita dapati, purata penggunaan BUDI95 adalah sekitar 100 liter, maknanya majoriti rakyat guna hanya 100 liter sebulan dan hampir 90 peratus rakyat menggunakan kurang dari 200 liter sebulan, maka tidak terjejas.

"Oleh itu, kerajaan akan membuat penyelarasan kelayakan BUDI95 daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026.

"Langkah ini tentunya sementara menunggu keadaan minyak, bekalan minyak dan ekonomi dunia pulih, tetapi belum ada tanda-tanda ke arah itu," katanya.

Anwar berkata demikian dalam satu perutusan khas berhubung langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat pada Khamis.

Dalam masa yang sama, Anwar menegaskan inisiatif BUDI95 kekal pada harga RM1.99 seliter selain had siling bagi e-hailing dan pekerja gig sehingga 800 liter turut dikekalkan.

"Maka untuk meringankan beban rakyat, saya tegaskan BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.

"Kita turut kekalkan had siling sehingga 800 liter (bagi pekerja gig dan e-hailing) mengambil kira tanggungjawab mereka, pekerjaan mereka, dan urusan yang mereka harus lakukan," katanya.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

SHELLTART DANISYA 60pcs

SHELLTART DANISYA 60pcs

Must-Watch Video

Advertisement