Seperti biasa, Keretapi Sarong adalah acara yang dinanti-natikan rakyat Malaysia setiap kali kita bakal menyambut Hari Malaysia.
Acara edisi ke-9 ini bukan sahaja dapat memperkukuhkan perpaduan rakyat Malaysia namun dapat menonjolkan keunikan dan warisan Malaysia melalui pemakaian dan tarian.
Advertisement
Antara aktiviti menarik yang turut mewarnai acara ini ialah joget lambak, cabutan bertuah, persembahan artis dan banyak lagi.
Rata-rata peserta meluahkan rasa teruja mereka dan menyifatkan acara ini adalah kesempatan yang amat baik bagi memupuk rasa cinta akan negara dan juga menyemarakkan lagi nilai patrotik dalam diri.
Menurut Azilah Hashim,55 dia dan rakan-rakannya yang digelar team makcik tidak pernah melepaskan peluang menyertai Keretapi Sarong setiap tahun dan ini merupakan tahun kelima mereka.
"Hari Malaysia adalah hari merayakan kebebasan kita, kemerdekaan kita satu budaya satu rumpun satu Malaysia.
"Kita tak kenal masing-masing tetapi disebabkan acara ini kita dapat bersama-sama menyanyi, berpantun dan berfoto," katanya ketika ditemui Gempak.
Bagi, Harizz Mohd Hanafiah, 33 dan Ahmad Shafiq Iqbal, 33 tampil berkongsi pemakaian mereka hari ini selain berpendapat bahawa program ini perlu diteruskan setiap tahun.
"Bagi saya, saya suka pakaian dan kat sini boleh tengok pelbagai jenis pakaian mengikut suku dan kaum.
"Sejujurnya saya tidak pakar fesyen sangat tapi apa yang saya hanya mengetahui bahawa ini adalah pakaian asas pahlawan melayu pada zaman dahulu. Yang mendandan saya adalah kawan saya.
"Macam baju saya ini ia dikategori dalam baju busana melayu dan nama dia baju sikap. Ini pula baju hias. Jadi dia adalah dua baju yang berbeza. Macam kami berdua pakai tengkolok atau tanjak. Baju busana lengkap mesti kena ada keris. Tanpa keris ia tak sempurna," jelas Hariz dan Shafiq.
Turut senada, Thanesh Veeramutu,27 juga beranggapan bahawa acara ini perlu kerap diadakan namun dia mencadangkan acara seperti Keretapi Sarong ini perlu diperluaskan lagi dengan mempelbagaikan aktiviti bagi menarik lebih ramai peserta.
"Ini adalah kali pertama saya lihat multi-culture di sini. Sebelum ini saya kurang. Sini je ramai, itu apa yang saya Nampak. Namun, entiti dan pakaian mereka memang hebat.
"Ya, tapi saya rasa tidak cukup, saya rasa adakan lebih banyak kempen seperti ini tetapi dari segi kepelbagaian aktiviti atau tarian. Sini ada tarian dan persembahan cuma kurang multiculture," ujar Thanesh.
Sementara itu, Muhammad Aminuddin Iskandar,26 dan Gian Jericho,20 memuji penganjuran acara itu kerana ia dilihat mampu menjadi titik tolak kepada perpaduan rakyat sekaligus mencerminkan keharmonian Malaysia
"Saya rasa program ini bagus kerana boleh mempupuk semangat Malaysia macam saya sebagai orang melayu saya suka pakai baju tradisi cina. Di sini kita boleh Nampak cina pakai kaum india. Ada yang pakai baju kaum iban dan kadazandusun. Itu adalah perkara baik untuk pupuk semangat patriotik dalam diri.
"Saya dari sekolah cina dan banyak kawan cina, jadi saya ingin hargai mereka sebab jarang melayu pakai baju cina. Boleh dikatakan jarang sekali saya berpakaian sebegini. Saya pakai ini tanda saya sayang setiap kaum Malaysia.
"Dah lama teringin pakai baju tradisi Cina dan baru berkesempatan memakai baju ini," kata Aminuddin dan Jericho.
Saksikan video temu bual Gempak bersama peserta Keretapi Sarong di atas.