Skip to main content

Berita

Kes Tembak Di Golok: Bekas Penjaga Gol Kelantan Serah Diri Bersama Senjata

Kes Tembak Mati Di Golok

Bekas penjaga gol import pasukan bola sepak Kelantan yang juga suspek bagi kes tembak maut seorang warga Malaysia di pekan Sungai Golok, Narathiwat pada Sabtu lepas telah menyerah diri kepada polis Thailand.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, suspek yang berusia 31 tahun itu menyerah diri bersama dua pucuk pistol.

Advertisement

“Siasatan mendapati suspek mempunyai dua kerakyatan. Dua pucuk pistol yang dibawa ke balai polis dipercayai digunakan semasa kejadian.”

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa kes tersebut akan dikendalikan sepenuhnya pihak berkuasa Thailand memandangkan kejadian itu berlaku di wilayah negara berkenaan sementara suspek merupakan warganegara Thailand.

Sebelum ini, Awani melaporkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, maut ditembak sebanyak dua lelaki dikenali di hadapan rumahnya yang terletak di Kampung Bering, Sungai Golok pada Sabtu.

Sumber: Bernama

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement