Skip to main content

Selebriti

Kilauan Emas Selebriti 2026: Jalaludin Hassan ‘Rampas’ Anugerah Emas Berkilau Of The Week, Perjalanan Khaty Azian & Mubarak Majid Terhenti

Kilauan Emas Selebriti 2026: Jalaludin Hassan ‘Rampas’ Anugerah Emas Berkilau Of The Week,  Perjalanan Khaty Azian & Mubarak Majid Terhenti

Sekilas

  • Khaty Azian dan Mubarak Majid tersingkir pada minggu keempat Kilauan Emas Selebriti selepas tiga minggu tanpa penyingkiran.
  • Datuk Jalaludin Hassan berjaya mara ke suku akhir dan memenangi Anugerah Emas Berkilau Of The Week dengan hadiah RM2,000 untuk Fredo Flybaits.
  • Minggu suku akhir menampilkan tema Lagu Pilihan Kawan-Kawan, dengan penjurian 80% dari juri profesional dan 20% undian penonton secara dalam talian.
Advertisement

Selepas tiga minggu tanpa penyingkiran, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menyaksikan perjalanan bintang, Khaty Azian dan Mubarak Majid terhenti di minggu keempat.

Keputusan itu diumumkan semasa segmen Piring Lagu Berbisa (PLB).  

Advertisement

Turut berada di tangga tiga terbawah ialah Fazlina Ahmad Daud.

Sementara itu, Datuk Jalaludin Hassan berjaya mencuri hati juri dengan persembahannya dan menjadi bintang pertama yang berjaya melangkah ke minggu suku akhir.

Anugerah Emas Berkilau Of The Week dimenangi oleh Datuk Jalaludin Hassan memberikan wang tunai berjumlah RM2,000 kepada penyanyi, Fredo Flybaits.

Advertisement

Untuk minggu suku akhir, setiap peserta akan dicabar dengan tema Lagu Pilihan Kawan-Kawan yang mana lagu yang sangat dekat dengan diri mereka sendiri.

Kilauan Emas Selebriti dihoskan oleh Raja Azura dan Keanu Azman.

Kerusi juri pula menyaksikan gandingan pelawak Jihan Muse dan Datuk Yusry KRU sebagai juri tetap

Dari segi penjurian, sebanyak 80 peratus markah ditentukan panel juri profesional manakala baki 20 peratus menerusi undian penonton secara dalam talian.

Kilauan Emas Selebriti 2026 berlangsung selama tujuh minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 22 Ogos, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Prima.

Anda mungkin berminat dengan

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video

Advertisement