Sekilas
- Kamal Adli dilihat masih menjaga hubungan baik dengan adik iparnya walaupun sedang menghadapi konflik rumah tangga dengan isteri, Uqasha Senrose.
- Dalam video di Threads, Kamal kelihatan teruja menggendong anaknya, Hawra Uqaira, sambil meluahkan rasa rindu yang mendalam.
- Uqasha telah memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu selepas mereka berkahwin pada November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan berusia 19 bulan.
Seorang pengguna di Threads meluahkan rasa lega apabila melihat hubungan pelakon, Kamal Adli bersama adik ipar masih dalam keadaan baik meskipun dia kini sedang mengalami konflik rumah tangga bersama isterinya, Uqasha Senrose.
Menurut individu tersebut, dia tidak menyangka hubungan Kamal dengan keluarga mentua masih terjaga memandangan adik-beradik kebiasaanya akan saling menyokong antara satu sama lain.
"Lega apabila melihat awak baik sahaja dengan adik ipar. Saya ingatkan awak tidak baik dengan keluarga mentua. Kelakar bagaimana ia boleh jadi. Selalunya betul atau salah, adik beradik akan sentiasa sokong antara satu sama lain," tulis netizen tersebut.
Menerusi video yang dikongsikan Kamal di Threads, kelihatan adik iparnya bersalaman dengan Kamal selepas menyerahkan anaknya, Hawra Uqaira kepada Kamal.
Dalam masa sama, Kamal dilihat begitu teruja menggendong Uqaira sambil meluahkan rasa rindu tidak terhingga pada anak kesayangannya itu.
"Dia merajuk, tapi rindu. Dia jual mahal tapi dia nak. Maaf Hawra. Video terakhir jumpa hari itu. Sumpah saya rindu awak sangat anak," ujar Kamal.
Untuk rekod, isteri Kamal, Uqasha Senrose, telah memfailkan permohonan cerai terhadap pelakon itu pada 1 Oktober lalu di bawah Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam dengan alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
Sumber: Threads