Skip to main content

Jenayah

Lagi Kes Rogol Berkumpulan Dalam Kelas, 4 Ditahan Termasuk 3 Pelajar Sekolah Di Kedah

rogol

Empat remaja termasuk tiga pelajar sebuah sekolah di daerah ini, ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam rogol berkumpulan dan menyebarkan bahan lucah yang kemudian tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, polis menerima satu laporan daripada seorang pengadu berusia 53 tahun pada Ahad lalu kira-kira jam 11 pagi selepas dia dimaklumkan guru disiplin berkaitan penularan rakaman video anaknya berbogel.

Advertisement

Beliau berkata, susulan daripada itu, tiga pelajar sekolah berkenaan dan seorang lagi bekas pelajar sekolah sama, ditahan pada jam 9.30 malam pada hari sama untuk membantu siasatan.

"Hasil siasatan lanjut mendapati, empat suspek terbabit didapati melakukan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi di dalam kelas sekolah berkenaan.

"Berikutan itu, kesemua suspek ditahan dan direman lima hari mulai tarikh mereka ditangkap dan merampas enam telefon bimbit untuk siasatan lanjut," katanya.

Ahmad Salimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan menghantar pornografi kanak-kanak.

Katanya, polis memandang serius kejadian ini dan meminta orang ramai terutamanya ibu bapa dan penjaga supaya memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak terutamanya dalam kalangan remaja.

Sumber: Harian Metro

Must-Watch Video

Advertisement