Skip to main content

Berita

"Macam Itu Awak Panggil Cikgu?" - Guru Terkilan Pelajar Tingkatan 1 Kurang Ajar, Kerap Menjerit & Siap Gelar 'Acah-Acah Lawa'

"Macam Itu Awak Panggil Cikgu?" - Guru Terkilan Pelajar Tingkatan 1 Kurang Ajar, Kerap Menjerit & Siap Gelar 'Acah-Acah Lawa'

Sekilas

  • Seorang guru wanita berkongsi pengalaman kurang enak berdepan pelajar Tingkatan 1 yang sering menjerit dalam kelas ganti.
  • Pelajar tersebut dikatakan mengeluarkan kata-kata biadab ketika guru sedang mengedarkan kertas kuiz bertemakan Merdeka.
  • Perkongsian guru itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut meluahkan rasa geram terhadap sikap pelajar berkenaan.
Advertisement

Seorang wanita di Threads mencuri perhatian selepas berkongsi pengalamannya berdepan dengan seorang pelajar perempuan yang didakwa kurang ajar ketika dia mengajar kelas ganti di sebuah sekolah.

Wanita yang dipercayai seorang guru itu berkata pelajar Tingkatan 1 berkenaan sering menjerit walaupun dia ada di dalam kelas tersebut.

Advertisement

"Tadi masuk kelas ganti (relief) Tingkatan 1. Ada seorang pelajar perempuan yang boleh dikatakan jenis pick me, asyik terjerit-jerit dalam kelas walaupun saya ada di situ.

"Padahal, pelajar lain semuanya berkelakuan baik, cuma berbual dengan suara yang masih terkawal," tulisnya.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan dirinya lebih terkilan apabila pelajar berkenaan mengeluarkan kata-kata yang biadab ketika dia sedang mengedarkan kertas kuiz kepada kelas tersebut.

"Saya ada beri mereka kertas yang mengandungi kuiz berkaitan Merdeka. Tiba-tiba, entah dari mana, dia cakap tentang saya, 'Tanyalah yang acah-acah lawa kat depan tu'.

"Macam itu awak panggil cikgu, dik? Kecewa saya. Awak baru Tingkatan 1, tapi bahasa yang digunakan dah macam tu," ujarnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata turut meluahkan rasa geram dengan sikap pelajar berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement