Skip to main content

Selebriti

Mahkamah Beri Hak Penjagaan Penuh Kepada Dr. Fie, Nubhan Dapat Hak Lawatan Dua Kali Sebulan

Nubhan fie

Sekilas

  • Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak jagaan penuh ketiga-tiga anak Nubhan kepada isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek, selepas persetujuan kedua-dua pihak.
  • Bapa, Nubhan, diberi hak lawatan dua kali sebulan dan giliran pada Aidilfitri serta Aidiladha, manakala perjanjian ini disahkan secara rasmi oleh mahkamah.
  • Nubhan dan Dr Afifah berkahwin sejak 2015 dan dikurniakan tiga anak berusia antara 3 hingga 8 tahun.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak jagaan penuh ketiga-tiga anak penyanyi Nubhan kepada isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek atau lebih mesra disapa Dr. Fie.

Menurut peguam Syarie yang mewakili Dr. Fie iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, hak jagaan itu diberikan kepada anak guamnya selepas mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

"Jadi ibu akan dapat hak jagaan kekal, manakala bapa (Nubhan) pula akan dapat hak lawatan sebulan dua kali iaitu minggu pertama dan ketiga. Bagi Aidilfitri dan Aidiladha pula semua itu bergilir-gilir macam biasa.

"Tak ada apa-apa lagi nak dipertikaikan mengenai hadanah ini, semua sudah diselesaikan secara baik. Selepas ini tak ada apa-apa lagi, kita pun dah rekodkan terma persetujuan dan akan tarik balik perintah makhamah dan ikut saja perintah," katanya kepada Gempak.

Akberdin berkongsi perkara tersebut usai proses hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Rabu.

Tambah Akberdin, penyelesaian itu juga dicapai menerusi perjanjian yang dimeterai di majlis Sulh sebelum disahkan mahkamah.

"Dalam prosiding majlis sulh tadi, kami mengemukakan perjanjian kepada pegawai sulh dan memandangkan semua terma  dipersetujui terlebih dahulu maka perjanjian itu diterima dan direkodkan sebagai persetujuan rasmi dalam majlis sulh tadi.

"Perjanjian itu juga sudah disahkan hakim sebagai perintah rasmi mahkamah,"kongsinya.

Ketika ditanya apakah faktor yang mendorong persetujuan Nubhan di pihak Nubhan, Akberdin berkata bahawa kedudukan undang-undang kebiasaannya memihak kepada belah ibu.

"Lazimnya anak-anak yang kecil, ibu yang akan dapat. Jadi bagi saya itu adalah satu kedudukan undang-undang yang mantap, kanak-kanak kecil selalunya ibu yang akan dapat hak jagaan," katanya.

Sekadad info, Nubhan dan Dr Afifah yang juga doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkongsian hidup selama hampir 10 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya,8, Ahmad Aafan, 6 dan Afzan Nayille,3 tahun.

Must-Watch Video

Advertisement