Skip to main content

Filem

Masih Baru Dalam Dunia Perfileman, Iman Aneesa Ada Potensi Curi "Spotlight" Dalam Filem 3 Hajat

Iman Aneesa Pelakon Baru

Pelakon baharu, Iman Aneesa mencuri tumpuan ramai menerusi kemunculannya dalam Filem 3 Hajat apabila membawakan watak Khalijah, seorang gadis kampung yang lembut dan bijak bertutur kata dalam menilai kehidupan.

Menariknya, karakter Khalijah digambarkan sebagai cahaya penyuluh dalam hubungan antara Taufiq dan Awang yang hampir retak, sekali gus menjadikan kehadirannya peranan penting dalam menyempurnakan filem tersebut.

Advertisement

Meskipun baru sahaja memasuki dunia perfileman, kebolehannya menghidupkan watak tersebut berjaya meninggalkan kesan positif sehingga membuatkan ramai penonton teruja menantikan filem ini.

Malah, bakat yang ditonjolkan dilihat mampu menjadi batu loncatan buat dirinya untuk lebih

dikenali ramai.

Sebelum ini, Iman pernah membintangi beberapa naskhah televisyen seperti Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah dan Gadis Muzikal sebagai pelakon pembantu.

Sekadar info, watak Khalijah yang dibawakan Iman merupakan gadis kampung yang hadir sebagai sinar di tengah persengketaan antara Awang (Eman Manan) dan anaknya, Taufiq (Amerul Affendi) yang sering dibayangi konflik serta luka masa silam.

Selain Iman, 3 Hajat turut menampilkan barisan pelakon hebat tanah air antaranya Eman Manan, Amerul Affendi, Zul Huzaimy, Shah Iskandar, Zalif Sidek dan ramai lagi.

Filem ini bakal menemui penonton di 70 pawagam seluruh negara bermula 2 Oktober.

Must-Watch Video

Advertisement