Skip to main content

Selebriti

"Memang Hobi Suka Cari Pasal Ke" - Dayana Roza

Dayana Roza

Sekilas

  • Pelakon Dayana Roza meluahkan rasa kurang senang terhadap individu narsistik yang suka menyakiti hati orang lain.
  • Dayana berkongsi di Threads bahawa golongan ini gemar mencari pasal dan tidak suka hidup aman dan tenang.
  • Netizen turut bersetuju dan meluahkan rasa penat melayan kerenah individu narsistik, walaupun identiti mereka masih tidak diketahui.

Pelakon, Dayana Roza meluahkan rasa kurang senangnya terhadap individu narsistik.

Menerusi perkongsian di Threads, Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Bahari, berkongsi bahawa individu dari golongan ini gemar menyakiti hati dan perasaan orang lain.

"Orang narsistik ni memang hobi dia suka cari pasal ke. Memang diorang ni tak suka hidup aman dan tenang ke. Ada ubat tak untuk orang seperti ini," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan pelakon drama Dia Bukan Syurga ini dan turut meluahkan rasa penat melayan kerenah individu seperti ini.

"Mereka buat sebab mereka nak kekal relevan.

"Boleh mental duduk dengan orang narsistik ni. Tak boleh nak buat itu ini. Sangat penat.

"Lama-lama kita yang kena mental.

"Tiada ubat sis, sudahnya kita pula yang kena cari ubat dengan doktor," komen netizen.

Bagaimanapun identiti individu berkenaan masih tidak dapat dikenal pasti.

 

Sumber: Threads

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement