Pelakon, Arabella meluahkan rasa syukur selepas berjaya dinobatkan sebagai Favourite Actress di Content Asia Awards, baru-baru ini.
Menurut Arabella atau lebih mesra disapa Bella, dia sendiri dak menyangka sama sekali akan terpilih menerima pengiktirafan tersebut.
“Sebenarnya bila pengurus saya hantar link the Content Asia Awards itu, saya terkejut sebab tak harapkan apa-apa pun. Sebab itu adalah drama mega pertama saya dan buat pertama kali juga saya menjadi heroin. Jadi, saya memang tak harapkan apa-apa.
Advertisement
“Tapi apabila mendapat pengiktirafan itu, sejujurnya saya rasa terkejut, gembira dan sangat bersyukur,” katanya.
Bella berkongsi perkara itu ketika ditemui pada program MeleTOP bagi slot drama Astro Originals berjudul Gaberasi: Perfect 10 pada Selasa.
Terdahulu, Arabella memenangi kategori tersebut menerusi lakonannya dalam drama berjudul Dari Mata Turun Ke Hati, yang mana Bella telah memegang watak seorang gadis separuh buta bernama Airis Sofia
Malah, naib juara Dewi Remaja 2023 itu juga mengesahkan bahawa ini adalah kali pertama dia dinobatkan dalam mana-mana anugerah sepanjang kariernya.
Dalam perkembangan lain, Bella kini muncul dalam Siri Astro Originals berjudul Generasi: Perfect 10.
Selain Bella, Generasi: Perfect 10 yang juga merupakan arahan Sling Ng itu dibintangi oleh Arena Wan, Sofia Jane, Ellyza Azizi, Daniel Fong, Sharifah Sakinah, Qi Razali dan Sherie Merlis.
Saksikan Generasi: Perfect 10 secara eksklusif di Astro Ria, Astro Citra, Astro GO dan aplikasi sooka.