Skip to main content

Selebriti

Mimi Fly Kongsi Ciri-Ciri Lelaki Red Flag, Akui Cepat 'Turn Off' Dengan Lelaki Pemalas - "Tolong Jauhkan Diri Dari Saya"

Mimi Fly

Sekilas

  • Mimi Fly berkongsi bahawa lelaki malas adalah 'red flag' utama yang membuatkan dia hilang minat dengan cepat.
  • Dia menegaskan ada lelaki yang mahu berkahwin hanya untuk mendapat isteri yang menguruskan mereka tanpa memikul tanggungjawab.
  • Mimi berharap lelaki perlu berusaha membina nilai diri dan menjauhkan diri daripada sikap malas serta mengharapkan sesuatu tanpa usaha.

Penyanyi, Mimi Fly berkongsi ciri-ciri lelaki yang dianggap sebagai ‘red flag’ oleh dirinya dan ingin dielakkan sekiranya ingin dijadikan pasangan.

Menurut Mimi, dia tidak menyukai lelaki yang bersifat pemalas kerana baginya sikap tersebut sangat menjengkelkan, selain menunjukkan seseorang itu tidak mempunyai usaha untuk memperbaiki diri.

Katanya, sikap seperti itu boleh membuatkan dirinya hilang minat serta-merta.

"Red flag terbesar bagi saya ialah lelaki malas. Memang menjengkelkan (annoying) dan terus buat hilang minat.

"Saya susah nak terpikat bila lelaki itu malas termasuk malas nak bekerja, malas nak berfikir, malas nak kisah dan sebagainya," katanya.

Mimi berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan dalam podcast popular, The Chic Code.

Tambah pelantun lagu Serumpun itu lagi, ada juga segelintir lelaki yang ingin berkahwin bukan kerana mahu memikul tanggungjawab sebagai suami, tetapi hanya sekadar mahu mempunyai isteri yang boleh menguruskan dirinya.

"Segelintir lelaki nak jadi suami dan segelintir lelaki nak ada isteri dan ia adalah dua perkara yang berbeza.

"Jadi yang selalunya yang nak isteri adalah pemikiran malas sebab dia nak orang jaga dan urus dia," ujarnya.

Dalam masa sama, Mimi atau nama lengkapnya Shamimi Amalina Norisham berkata seorang lelaki sepatutnya berusaha membina nilai dalam diri dan tidak hanya mengharapkan sesuatu tanpa usaha.

Dia turut berharap agar tidak dipertemukan dengan lelaki yang mempunyai sikap sedemikian dan lebih memilih untuk menjauhkan diri daripada mereka.

"Lelaki perlu membina nilai diri mereka, di mana dalam kehidupan ini mereka sedar mereka perlu berusaha membina nilai tersebut.

"Namun ada juga lelaki yang tidak mahu membina nilai diri tetapi berasa mereka berhak mendapat sesuatu. Lelaki seperti itu, tolong jauhkan diri daripada saya," jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

YAN YAN Elora Kurung Muslimah Arab Style Elegan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

YAN@YAN HANA Set Kurung Corak Jalur – Ringkas Tapi Bergaya - H2025009

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement