Skip to main content

Selebriti

"Mind Your Own Business! Dahlah Kurang Ajar..." - Kak Nona Hantar Surat Saman Kepada Kak KM

Bakar isteri

Sekilas

  • Kak Nona telah menghantar surat tuntutan undang-undang kepada bekas suami dan adiknya, Kak KM, susulan kenyataan yang mengeruhkan keadaan berkaitan kes anak-anaknya yang sedang disiasat polis.
  • Kak Nona menegaskan Kak KM tidak sepatutnya mencampuri urusan peribadinya dan mendakwa tindakan adiknya itu menjejaskan reputasi serta perniagaannya.
  • Walaupun tidak dijemput ke rumah terbuka Kak KM, Kak Nona tidak berkecil hati tetapi kesal kerana perkara itu diperbesarkan dalam media.

Usahawan sensasi, Kak Nona tampil mempertahankan diri susulan kenyataan yang dikeluarkan adiknya, Kak KM berhubung kes melibatkan anak-anaknya yang kini masih dalam siasatan polis.

Nona atau nama sebenarnya Rose Azlina Rosli, 51, mendakwa adiknya itu sengaja mengeruhkan keadaan apabila tampil memberi kenyataan kepada pihak media mengenai kes tersebut.

Dia yang enggan lagi berselindung turut mendedahkan sudah pun mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada bekas suaminya, Pak Edy dan Kak KM pada Selasa lalu.

“Saya sudah hantar LOD kepada kedua-dua mereka. Dah seminggu saya cuba sampaikan tapi masing-masing mengelak dan menipu.

“Kak KM siap kata dia di Jepun tapi LOD itu tetap sampai melalui WhatsApp dan email. Saya tahu dia sudah sedar tentang LOD itu,” katanya.

“Saya terpaksa guna peguam untuk hentikan semua ini sebab dah melampau viral. Apa bekas suami saya buat, dia repost sampai berjuta orang tengok,” jelasnya.

Dalam pada itu, Kak Nona turut menegaskan agar Kak KM tidak mencampuri urusan peribadinya terutama berkaitan anak-anak.

“Dia jangan nak menambah tomahan, jangan masuk campur urusan peribadi saya! Kau mind your own business. Anak aku, aku urus bukan kau!

“Kalau betul simpati, bukan dengan cerita atau hebahkan kepada media. Jangan nak tunjuk jadi pelindung sedangkan saya masih ada,” ujarnya.

Tambah Kak Nona, Tindakan adiknya itu telah memberi kesan buruk terhadap reputasi diri dan perniagaannya sehingga Tizen mula membuat pelbagai spekulasi.

Ini kerana dia juga mahu keadilan namun tetap menghormati siasatan polis sehingga hukuman dijatuhkan.

“Disebabkan kenyataan dia, orang mula pandang serong terhadap saya. Ada yang berhenti mengikuti saya dan anggap saya ibu tak bertanggungjawab.

“Perbuatannya itu telah menjatuhkan maruah serta menjejaskan perniagaan saya,” jelasnya.

Mengulas isu jemputan rumah terbuka pula, Nona berkata dia tidak berkecil hati walaupun tidak dijemput, namun kesal apabila perkara tersebut diperbesarkan.

“Saya tak kisah pun tak dijemput tapi buat apa nak gembar-gemburkan. Memang tak ingin saya pergi!

“Sudahlah kurang ajar dengan saya, dah tiada kak panggil Nona-Nona saja sekarang,” luahnya.

Sebelum ini, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli mengakui hubungan Bersama Kak Nona Kembali renggang dna memilih untuk tidak menjemput Wanita itu ke rumah terbukanya.

Katanya, keputusan itu dibuat susulan isu melibatkan anak saudaranya yang ehingga kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: Mstar

 

Anda mungkin berminat dengan

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement