Skip to main content

Selebriti

Mohon Doa, Syed Saddiq Harapkan Keadilan & Kebenaran

Syed Saddiq mahkamah

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pagi Isnin untuk mendengar keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadapnya.
  • Keputusan mahkamah akan menentukan sama ada beliau kekal bebas atau perlu menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan berkaitan dana ARMADA.
  • Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan dijangka mengumumkan keputusan rayuan yang akan memberi kesan besar kepada masa depan Syed Saddiq.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada pukul 8.55 pagi Isnin bagi mengetahui keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya.

Segak dengan memakai suit berwarna hitam gelap, Syed Saddiq berkata dia mengharapkan kebenaran berpihak kepadanya.

“Saya hanya mengharapkan keadilan dan kebenaran. Doakan saya,” katanya secara ringkas.

Syed Saddiq juga sempat bersalaman dengan ibu bapanya, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz serta beberapa ahli keluarga lain sebelum masuk ke kamar mahkamah.

Keputusan yang dijadual diumumkan pada pukul 9 pagi itu akan menentukan sama ada Syed Saddiq kekal bebas atau diperintahkan menjalani hukuman penjara membabitkan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta serta pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuan pendakwaan, bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan terus dibebaskan. Namun, jika rayuan dibenarkan, Syed Saddiq berdepan hukuman mengikut sabitan bagi pertuduhan yang dihadapinya.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, bersama Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijangka menyampaikan keputusan rayuan akhir tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement