Skip to main content

Selebriti

Mojoku Hilang Siap Ada ‘Dialect Coach’, Mimi Lana Akui Loghat Perlis Antara Cabaran Terbesar - “Lidah Saya Keras’

Mojoku Hilang Siap Ada ‘Dialect Coach’, Mimi Lana Akui Loghat Perlis Antara Cabaran Terbesar - “Lidah Saya Keras’

Sekilas

  • Filem romantik komedi Mojoku Hilang menampilkan dialek Perlis sebagai elemen utama untuk menghidupkan cerita dan budaya tempatan.
  • Perunding dialek Zul membantu pelakon seperti Mimi Lana dan Namron memastikan sebutan dan dialog kekal asli sepanjang penggambaran.
  • Filem arahan Min Lim ini akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai dengan barisan pelakon termasuk Adipati Dolken dan Wan Hanafi Su.
Advertisement

Selepas pelbagai filem mengangkat loghat negeri lain, kini tiba pula giliran dialek Perlis mencuri perhatian menerusi filem romantik komedi Mojoku Hilang.


 

Advertisement

Keunikan dialek Utara menjadi antara elemen penting yang menghidupkan jalan cerita filem ini, sekali gus memberikan pengalaman lebih dekat dengan budaya dan kehidupan masyarakat setempat.


 

Bagi memastikan setiap dialog kedengaran asli, pihak produksi mendapatkan khidmat perunding dialek Perlis, Zul, yang membimbing para pelakon sepanjang penggambaran.


 

Menurut Zul, tugasnya bukan sekadar melatih sebutan dialog, malah turut menyemak skrip serta memantau pertuturan para pelakon di lokasi bagi memastikan setiap dialog mengekalkan keaslian dialek Perlis.


 

"Kebanyakan masa saya bekerja dengan Mimi Lana, Namron dan beberapa pelakon lain. Mimi walaupun berasal dari Perak, ada beberapa perkataan yang sukar disebut olehnya. Namron pula tiada masalah kerana dia sendiri berasal dari Perlis.


 

"Wan Hanafi Su pula kadang-kadang tersasul kerana loghat Kelantannya masih kuat, manakala Aziz M. Osman juga tidak menghadapi sebarang masalah. Antara perkataan yang paling kerap mengelirukan Mimi ialah perkataan 'kita'," katanya.


 

Sementara itu, Mimi mengakui penguasaan dialek Perlis menjadi antara cabaran terbesar sepanjang menjayakan wataknya.


 

"Walaupun saya berasal dari Taiping, baru saya sedar loghat Utara saya sebenarnya sudah semakin 'berkarat'. Dialek Perlis lebih mendalam berbanding loghat yang biasa saya gunakan di Taiping.


 

"Ada beberapa perkataan yang agak sukar untuk saya sebut kerana lidah saya keras. Tetapi saya bersyukur kerana ada dialect coach dan juga bantuan daripada pelakon-pelakon berpengalaman yang banyak membantu saya," ujarnya.


 

Mojoku Hilang mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken, yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.


 

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.


 

Selain Mimi, filem arahan Min Lim itu turut dibintangi Adipati Dolken, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron serta ramai lagi.


 

Mojoku Hilang merupakan terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, dan bakal menemui penonton di pawagam bermula 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Must Watch Video

Advertisement