Skip to main content

Selebriti

“Mudah-Mudahan Allah SWT Membantu Dia Dengan…” - Ibu Syed Saddiq

Ibu Syed Saddiq

Sekilas

  • Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani, berharap keputusan mahkamah hari ini akan memihak kepada anaknya dalam kes rayuan akhir pembebasan empat pertuduhan.
  • Keputusan rayuan yang sepatutnya diumumkan pada 30 Jun lalu terpaksa ditangguhkan kerana seorang hakim bercuti sakit.
  • Pihak pendakwaan memohon agar hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta yang dijatuhkan sebelum ini dikembalikan kepada bekas menteri itu.
Advertisement

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mengharapkan keputusan mahkamah akan berpihak pada anaknya pada pagi ini.

Sharifah Mahani yang tiba beberapa minit selepas ketibaan bakal menantunya, Bella Astillah bagaimanapun kelihatan tenang

Advertisement

“Mudah-mudahan Allah SWT membantu dia dengan memberikan kemenangan pada hari ini,” katanya ringkas.

Sepatutnya keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan membabitkan empat pertuduhan iaitu pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU diketahui pada 30 Jun lalu.

Bagaimanapun keputusan itu terpaksa ditangguhkan  berikutan seorang daripada hakim dalam panel tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, bercuti sakit selama dua hari.

Advertisement

Sebelum ini, pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon keputusan Mahkamah Tinggi dikembalikan, yang sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta terhadap bekas menteri itu.

Anda mungkin berminat dengan

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must Watch Video

Advertisement