Skip to main content

Indonesia

Muhammadiyah Indonesia Sudah Tetapkan Tarikh Ramadan & Raya 2026

Muhammadiyah Indonesia Sudah Tetapkan Tarikh Ramadan Raya 2026

Tidak mengikut kebiasaan melihat anak bulan untuk menentukan tarikh awal Ramadan dan sambutan Aidilfitri, Pimpinan Pusat (PP) Muhammadiyah melalui Majelis Tarjih dan Tajdid di Indonesia sudah menetapkan puasa dan hari raya pada tahun 2026.

Muhammadiyah menetapkan awal puasa 1 Ramadan 1447 Hijrah jatuh pada Rabu, 18 Februari 2026.

Advertisement

Sambutan 1 Syawal  pula akan dirayakan pada 19 Februari 2026, lapor Insertlive.

Penetapan yang dibuat  merupakan hasil tinjau ulang data  data astronomi global dan ketepatan parameter Kalender Hijriah Global Tunggal (KHGT), yang digunakan secara rasmi oleh Muhammadiyah.

Sebelum ini, Muhammadiyah menetapkan 1 Ramadan jatuh pada 19 Februari 2026.

Bagaimanapun berbeza dengan Muhammadiyah, pemerintah Indonesia belum mengeluarkan tarikh awal Ramadan dan sambutan Aidilfitri untuk tahun hadapan.

Hal ini kerana menunggu hasil penetapan  yang diselenggarakan oleh Kementerian Agama (Kemenag) yang biasanya melibatkan cara pengamatan hilal (rukyatul hilal).

Hasil penetapan tersebut biasanya dibuat pada awal Ramadan biasanya digelar pada akhir Syaban, sementara keputusan Lebaran atau 1 Syawal akan dibuat pada akhir Ramadan, sama seperti di Malaysia.

Must-Watch Video

Advertisement