Sekilas
- Ayda Jebat berkongsi pandangan positif mengenai wanita yang tidak mencuci tangan selepas keluar tandas di Threads.
- Ayda menasihatkan orang ramai supaya sentiasa flush tandas selepas digunakan.
- Netizen memberikan sokongan dan berkongsi pengalaman lucu berkaitan kebiasaan di tandas.
Pelakon, Ayda Jebat meraih perhatian ramai selepas berkongsi pendapatnya mengenai wanita yang tidak mencuci tangan ketika keluar dari tandas.
Menerusi perkongsian di Threads, Ayda atau nama penuhnya Nur Suhada Jebat memilih untuk berfikiran positif dan menggangap wanita berkenaan telah mencuci tangan atau sekadar merapikan pakaian ketika di dalam tandas.
Pelantun lagu Temberang itu sempat menitipkan pesanan pada orang ramai agar sentiasa 'flush' tandas sebaik sahaja selesai menggunakan.
"Bila gadis cantik, handbag mahal, perfume bau kuat tapi bila keluar tandas tak cuci tangan. Betul-betul rambut depan sink, terus jalan. Husnuzon, mungkin dia dah cuci tangan guna air atau tisu basah dalam tandas. Atau dia masuk tandas tutup pintu untuk betulkan baju dan keluar. Apa-apa pun jangan lupa flush jamban," tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong kenyataan Ayda dan berkongsi pengalaman lucu serta pendapat masing-masing.
"Betulkan baju tu betul. Kadang masuk tandas nak betulkan pakaian dalam juga.
"Tak faham orang masuk tandas jenis tak basuh tangan
"Mungkin dia lepaskan kentut je kut.
"Kadang-kadang baru sedar baju terbalik," komen netizen.