Skip to main content

Berita

Muncul Dengan Lagu Raya, Ushera Bakal Anjur Persembahan Warna Warni Hari Raya Latin Jazz Style 18 April Ini

WhatsApp Image 2026 04 12 at 10.22.21 PM

Sekilas

  • Ushera lancar lagu raya terbaru bertajuk Warna Warni Hari Raya yang membawa mesej kebersamaan dan kemeriahan Aidilfitri dalam masyarakat majmuk Malaysia.
  • Beliau akan membuat persembahan khas di BOBO KL pada 18 April dengan iringan pemuzik terkenal, menawarkan pengalaman muzik latin jazz yang unik.
  • Muzik video lagu tersebut sudah boleh ditonton di YouTube sejak 16 Februari, manakala lagu boleh didengarkan di Spotify dan Apple Music bermula tarikh sama.

Penyanyi, Ushera kini tampil dengan lagu raya bertajuk Warna Warni Hari Raya sambil bakal menyajikan sebuah persembahan khas buat peminat yang sering memberikan sokongan terhadap perjalanan seninya.

Bakal membuat kemunculan di BOBO KL pada 18 April jam 8.30 malam, Ushera menyeru para peminat serta sahabat handai untuk bersama-sama merayakan suasana malam tersebut.

“Penonton akan dijamu dengan irama yang kaya, semangat perayaan, sedikit groove, sedikit swing… dan semestinya kegembiraan Hari Raya pada 18 April ini. Dan ini merupakan persembahan satu malam sahaja, jadi cepat-cepat dapatkan tiket yang terhad!”ujar Ushera.

Dalam masa sama, Ushera turut menyifatkan bahawa lagu baharunya itu bukan sekadar lagu raya biasa, sebaliknya membawa mesej kebersamaan yang dekat dengan jiwa masyarakat.

“Liriknya berkisar tentang kemeriahan raya, tentang suasana, tentang kemeriahan menyambut raya di kampung, berbusana raya baharu dan semua tentang Aidilfitri yang berwarna warni.

“Warna Warni Hari Raya juga sangat bermakna kerana mengangkat tema persahabatan, majmuk masyarakat Malaysia yang sentiasa terbuka dan merayakan semua jenis perayaan bersama-sama. Hari raya adalah hari untuk mengenepikan sentimen lalu berkumpul bersama dan bergembira.

“Tentang liriknya yang bersahaja, saya hasilkan lirik Warna Warni Hari Raya sebegitu supaya ia mudah diingat dan melekat di hati pendengar. Namun dalam masa yang sama, melodinya tetap menerima sentuhan malar segar dan boleh menyentuh hati seluruh generasi,” katanya.

Sekadar info, Malam penuh keriangan dengan genre latin jazz pada 18 April ini akan menampilkan Ushera sebagai penyanyi, dengan diiringi pemuzik seperti Ganesh Bala (piano), Omar Ibrahim Azmi (dram) dan Norman Rahman (bass).

Peminat boleh mendapatkan tiket berharga serendah RM100 sahaja di https://bobokl.com/ushera-hari-raya-apr26/

Bukan itu sahaja, muzik video meriahnya Warna Warni Hari Raya sudah boleh ditonton di laman YouTube mulai 16 Februari jam 8.30 malam manakala lagu Warna Warni Hari Raya boleh juga didengarkan di laman spotify dan Apple Music pada tarikh 16 Februari 2026.

Sebelum ini, Ushera pernah mengeluarkan dua lagu raya berjudul Suka Ria Raya pada tahun 2017 manakala lagu Kembali pada tahun 2021.

Ushera juga pernah melahirkan album bertajuk Semalam Di Malaya pada tahun 2016 yang memuatkan lagu antaranya Bunga Raya, Dunia Asmara, Jikalau Abang Merindu, lagu rancak Polynesia Mambo dan lagu Chuchi Kain Chuchi Mata yang kesemuanya dinyanyikan di dalam gaya asli.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must-Watch Video

Advertisement