Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Nabila Razali Tegur Individu Label Lagu Sampah - “Sebelum Taip Sesuatu Fikir Dahulu…”

Nabila Razali Tegur Individu Label Lagu Sampah - “Sebelum Taip Sesuatu Fikir Dahulu…”

Sekilas

  • Nabila Razali menegur seorang individu di Threads yang menggelar lagunya sebagai lagu sampah dan menasihati supaya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan kata-kata di media sosial.
  • Beliau mengingatkan bahawa usaha dan penat lelah dalam menghasilkan lagu perlu dihargai dan bukan dipandang remeh dengan label negatif.
  • Individu tersebut menyatakan kesyukuran kerana tidak bekerja waktu pejabat untuk elak kesesakan lalu lintas dan mendengar lagu Nabila, yang dianggapnya mengganggu kesihatan mental.
Advertisement

Penyanyi, Nabila Razali tampil bersuara mengenai kenyataan seorang individu di Threads yang menggelarkan lagunya sebagai lagu sampah.

Enggan berdiam diri, Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali menasihati agar individu berkenaan berfikir mengenai perasaan orang lain sebelum mengeluarkan kata-kata di media sosial.

Advertisement

“Ada orang hantar ini pada saya. Tak marah cuma kadang-kadang tak semua perkara yang kita fikir itu betul. Jadi, sebelum buka mulut, sebelum taip sesuatu fikir dulu. Semudah itu label rubbish song tanpa fikir usaha dan penat lelah orang lain,”tulisnya.

Dalam masa sama, Nabila turut mengucapkan tahniah buat pengguna tersebut kerana pekerjaannya tidak perlu berdepan dengan pembuli jalan raya. Bagaimanapun, tanpa disedari, individu itu juga telah membuli orang lain.

“Tahniah sis direzekikan dengan cara kerja sekarang. Tak perlu hadap road bullies sekalian tapi tanpa sedar sis juga membuli orang lain,”ujarnya.

Menerusi kenyataan individu berkenaan, dia bersyukur kerana tidak bekerja ketika waktu pejabat dan tidak perlu berdepan dengan kesesakan lalu lintas serta mendengar lagu-lagu nyanyian Nabila pada awal pagi.

“Sekarang saya faham kenapa tuhan tak benarkan saya kerja waktu pejabat. Apa maksud awak saya kena berdepan dengan lane hoggers, road bullies dan paling teruk lagu Nabila Razaki pada pukul 730 pagi. 

“Saya tak akan jejaskan kesihatan mental saya untuk itu. Saya sangat gembira bekerja 22 jam secara terus di dapur saya, buka lagu Adele berbanding kena dengar lagu sampah seperti lagu Cumi-Cumi dalam jem,”katanya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Must Watch Video

Advertisement