Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Nad Zainal Imbau Kembali Detik Kritikal Di ICU, Akui Tak Percaya Ungku Ismail Menangis - “Dia Tak Pernah Cakap Suka Saya…”

Nad Zainal Imbau Kembali Detik Kritikal Di ICU,  Akui Tak Percaya Ungku Ismail Menangis - “Dia Tak Pernah Cakap Suka Saya…”

Sekilas

  • Pelakon Nad Zainal berkongsi pengalaman dimasukkan ke ICU Hospital Kuala Lumpur pada 2022 akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
  • Suaminya, Ungku Ismail, dilaporkan menangis melihat keadaannya ketika itu, walaupun dia jarang menunjukkan emosi.
  • Nad juga mengalami pendarahan paru-paru dan perlu menjalani beberapa rawatan susulan selepas keluar hospital.
Advertisement

Pelakon, Nad Zainal mengimbau kembali detik ketika dirinya dimasukkan keHospital Kuala Lumpur (HKL) akibat jangkitan kuman pada bahagian paru-paru sekitar tahun 2022.

Menerusi perkongsian di Threads, Nad mengakui pada mulanya dia tidak percaya apabila seorang jururawat memberitahu bahawa suaminya, Ungku Ismail menangis melihat keadaannya ketika itu.

Advertisement

“Sewaktu saya sakit sekitar November hingga Disember 2022, saya duduk di HKL, dalam ICU agak lama sebelum transfer ke IPR.

“Satu hari, ada nurse datang cakap ‘Nad, Ungku nangis tau’. Saya hanya mampu senyum dan membalas ‘taklah’. Dia berkeras cakap iya,” tulisnya.

Nad yang masih belum berkahwin dengan Ungku Ismail ketika itu berkata dia sukar mempercayai perkara tersebut kerana suaminya itu seorang yang jarang menunjukkan emosi, malah tidak pernah meluahkan perasaan suka terhadap dirinya.

Advertisement

“Sampailah bila saya keluar hospital, orang ramai forward video dia ditemu bual ini.

“Sepanjang perkenalan, dia seorang yang susah nak tunjuk emosi dia. Lagi pula, dia tak pernah cakap dia suka saya. Dah sakit baru beria. Tau takut,” kongsinya.

Terdahulu, Ungku Ismail memaklumkan bahawa Nad berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di HKL akibat jangkitan kuman paru-paru pada 2022.

Nad turut mengalami pendarahan pada paru-paru sehingga dia perlu menjalani beberapa rawatan susulan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement