Skip to main content

Viral

"Nak Jumpa Macam Ni Sangat Susah" - Netizen Lega Masih Ada Kanak-Kanak Datang Beraya Ke Rumah, Imbau Kenangan Lama

Bakar isteri

Sekilas

  • Seorang pengguna Threads terharu apabila kanak-kanak masih datang beraya ke rumahnya, mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak tanpa gajet.
  • Dia berkongsi momen kanak-kanak menikmati kuih raya sambil menonton televisyen, suasana yang semakin jarang ditemui sekarang.
  • Netizen turut berkongsi kenangan mereka beraya di rumah-rumah jiran, menghidupkan semula vibe raya tradisional.

Seorang pengguna di Threads meluahkan rasa terharu apabila masih ada kanak kanak yang datang beraya ke rumahnya, sekali gus mengubat rindunya pada zaman kanak-kanak.

Menerusi perkongsian di Threads, situasi tersebut semakin jarang dijumpai dan lelaki tersebut merindui momen di mana kanak-kanak menikmati momen beraya tanpa gajet.

"Budak budak datang beraya harini , aaaa macam dulu dulu. Rasanya nak jumpa macam ini kat zaman sekarang sangat lah susah. Tiada telefon dan ipad. Hanya Vibes

Dalam hantaran tersebut, kanak-kanak di rumahnya dilihat sedang menjamah kuih raya sambil menonton television.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menginbau kembali kenangan mereka ketika beraya di setiap rumah.

Anda mungkin berminat dengan

Sampul Raya 5pcs

Sampul Raya 5pcs

Sampul Duit Raya Viral & Brands

Sampul Duit Raya Viral & Brands

Viral Sampul Raya 5pcs 2026

Viral Sampul Raya 5pcs 2026

Sampul Duit Raya Murah Combo Set Exclusive 50pcs

Sampul Duit Raya Murah Combo Set Exclusive 50pcs

Must-Watch Video

Advertisement