Skip to main content

Selebriti

Neera Azizi 'Speechless', Terima Mesej Bersalin 'Czer' Tak Layak Jadi Ibu - "Masih Ada Lagi Ke..."

Bersalin czer

Pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi berkongsi pengalamannya menerima mesej daripada seorang individu yang bertanya mengenai cara dia ingin melahirkan anak.

Menerusi perkongsian di Threads, Neera berkata dia memaklumkan kepada individu berkenaan bahawa dia masih belum pasti sama ada akan bersalin secara normal atau pembedahan (c-section) kerana perlu melihat keadaan bayi terlebih dahulu.

"Ada orang dm (direct message) saya, dia tanya sama ada saya akan pilih untuk bersalin secara normal atau 'c-section'. Saya jawab la saya tak pasti lagi sebab kena lihat keadaan anak dahulu," tulisnya.

Bagaimanapun, Neera terkejut apabila individu tersebut mencadangkan agar dia melahirkan anak secara normal sahaja kerana berpendapat ibu yang bersalin secara 'c-section' tidak layak digelar ibu kerana tidak merasai sakit bersalin.

Neera mengakui dia tidak menyangka masih ada individu yang berfikiran sedemikian kerana baginya cara bersalin tidak menentukan nilai seorang wanita sebagai ibu.

"Kemudian, dia mencadangkan agar saya bersalin secara normal sahaja kerana baginya ibu yang melahirkan anak secara 'c-section' itu tidak layak bergelar ibu kerana tidak merasa sakit bersalin.

"Saya terkedu mendengarnya sampai tak tahu nak jawab apa. Masih ada lagi ke pemikiran orang macam ni. Bagi saya, normal atau tidak kedua-duanya sakit dan kalau mati sekalipun, mati dalam keadaan syahid. Semua wanita yang melhirkan anak layak dipanggil emak," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa kurang senang khususnya dalam kalangan ibu yang melahirkan anak secara pembedahan.

Sumber: Threads

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement