Skip to main content

Jenayah

Nenek 90 Tahun Diperkosa Secara Bergilir-Gilir Empat Lelaki Bertopeng

Nenek diperkosa

Sekilas

  • Polis India sedang memburu empat suspek yang merogol seorang wanita warga emas berusia 90 tahun di Madhya Pradesh.
  • Suspek bertopeng memecah masuk rumah mangsa dan merancang untuk membunuhnya, tetapi gagal kerana kehadiran orang ramai.
  • Ganjaran sebanyak 10,000 rupee ditawarkan untuk maklumat yang membawa kepada penahanan suspek.

Polis di India giat memburu empat individu yang tergamak memperkosa seorang warga emas berusia 90 tahun.

Menurut laporan media tempatan, mangsa sedang nyenyak tidur di rumahnya di daerah Khandwa di Madhya Pradesh apabila keempat-empat pelaku bertopeng memecah masuk dan menyerangnya ketika kejadian pada awal bulan lalu.

"Wanita itu kemudiannya dirogol secara bergilir-gilir. Kesemua suspek juga merancang untuk mencampakkan mangsa ke dalam perigi dengan niat mahu membunuhnya.

“Namun, tindakan itu tidak diteruskan kerana orang yang lalu lalang di kawasan tersebut.

"Nenek itu hanya ditinggalkan di sebuah padang sebelum mereka melarikan diri," menurut jurucakap pihak berkuasa.

Mangsa yang cedera ditemui penduduk kampung dan dihantar pulang ke rumahnya.

Anak perempuannya yang melihat keadaan ibunya bertindak segera membuat aduan kepada polis.

Operasi menjejaki kesemua pelaku telah dilancarkan dan ganjaran sebanyak 10,000 rupee (RM425) turut ditawarkan kepada pemberi maklumat yang membawa kepada penahanan mereka.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement