Skip to main content

Selebriti

Netizen Halau Suruh Balik Singapura, Aaron Aziz Cari Individu Bagi Komen 'Lucah' - "Biadap Dan Kurang Ajar..."

Aaron aziz

Pelakon, Aaron Aziz meluahkan rasa terkilan apabila menerima mesej yang keterlaluan dan kurang sopan daripada seorang pengguna di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna tersebut menghalau pelakon filem Banduan itu pulang ke negara asal iaitu, Singapura.

Lebih mengejutkan, dia meminta Aaron untuk meninggalkan anak dan isterinya agar dia dapat melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mereka.

"Salam semua, boleh tak sesiapa yang kenal orang ni. Biadap dan kurang ajar," tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati mereka dan mencadangkan agar Aaron membuat laporan polis terhadap akaun berkenaan.

"Abaikan sahaja. Dalam media sosial boleh la cakap macam tu. Semoga dipermudahkan urusan abang.

"Buat laporan je datuk.

"Akaun palsu je tu datuk. Jahat sunggut mulut macam tiada agama.

"Report sahaja datuk," komen netizen.

Must-Watch Video

Advertisement