Skip to main content

Selebriti

"Netizen Lebih Mudah Maafkan Orang Yang Berubah Berbanding Orang Yang Rosakkan..." - Fazley Yaakob

Bakar isteri

Sekilas

  • Fazley Yaakob menegaskan supaya tidak membuka aib pasangan di media sosial kerana ia boleh memburukkan keadaan dan menimbulkan persepsi negatif.
  • Beliau mengingatkan bahawa apa yang dimuat naik di internet akan kekal selamanya dan sukar dipadam.
  • Fazley berkata netizen kini lebih bijak memaafkan mereka yang benar-benar mahu berubah berbanding yang sengaja merosakkan usaha membina hidup baru.
Advertisement

Penyanyi dan cef selebriti, Fazley Yaakob berpendapat bahawa keburukan atau aib pasangan tidak perlu dikongsikan secara terbuka di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley menegaskan bahawa tindakan tersebut hanya akan memburukkan lagi keadaan, malah akan menimbulkan persepsi yang buruk dalam kalangan masyarakat.

Advertisement

"Lebih baik kita tak membuka aib pasangan kerana khuatir akhirnya yang membuka aib itu terbuka lebih besar ruang untuk di pandang enteng oleh masyarakat,"ujarnya.

Ujarnya lagi, setiap perkara yang berlaku di internet akan kekal selamanya dan sukar untuk dipadam.

"Manusia memanglah boleh memaafkan, tetapi whats on the internet stays on the internet!,"tulisnya.

Advertisement

Tambahnya, masyarakat kini boleh menilai sendiri dan membuat perbezaan antara orang yang benar-benar ingin berubah ataupun di sebaliknya.

"Netizen sekarang dah bijak, mereka lebih mudah memaafkan orang yang dilihat mahu berubah ke arah yang lebih baik, berbanding dengan orang yang sengaja merosakkan usaha orang yang sedang membina hidup baru,"katanya lagi.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai dengan rata-rata menyokong kenyataan Fazley sambil menasihatkan untuk sentiasa muhasabah diri.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement