Usahawan dan personaliti media sosial, Cik Epal meraih perhatian netizen selepas tular gambar mesranya bersama seorang lelaki dikenali sebagai Ammar.
Menerusi hantaran di Threads, seorang individu berkongsi foto Cik Epal dan Ammar sedang menikmati hidangan bersama.
Advertisement
"Betul la Yuki tu Daddy Girl, Daddy Ammar," tulis individu tersebut.
Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Antara komen yang ditinggalkan:
“Satu keluarga bahagia, insya-Allah.”
“Makin berguling tot kalau baca ni. Silap-silap kucing tu pun kena maki.”
“Makin terbakar la nanti, rentan tak habis-habis.”
Sebelum ini, tular sebuah video memaparkan Cik Epal berada di sebuah butik pakaian sedang memilih baju Melayu untuk pembawa dulang hantaran lelaki, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai status hubungan mereka.
Untuk rekod, Cik Epal pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan piza wagyu, Jofliam, pada 1 Jun 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki. Namun, pasangan tersebut berpisah tahun lalu selepas 10 tahun bersama.