Skip to main content

Antarabangsa

Niat Isteri Nak Kurangkan Sakit Jerawat Bertukar Tragedi, Suami Meninggal Dunia Akibat Pembuluh Darah Pecah

Picit Jerawat

Sekilas

  • Seorang suami di Indonesia meninggal dunia selepas isterinya memicit jerawat di bahagian hidung yang dikenali sebagai 'segitiga kematian'.
  • Jerawat yang dipicit menyebabkan pembuluh darah pecah dan darah beku, mengakibatkan suami itu demam dan perlu menjalani pembedahan segera.
  • Walaupun pembedahan dilakukan, suami tersebut meninggal dunia dua hari kemudian, manakala isterinya berkongsi rasa kesal dan menyesal atas kejadian itu.

Niat seorang isteri yang mahu mengurangkan rasa sakit jerawat suami bertukar tragedi apabila lelaki itu pergi menghadap Ilahi beberapa hari kemudian.

Menerusi TikTok, kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia itu terjadi apabila suami kepada wanita mengadu rasa sakit di bahagian hidung kerana jerawat yang tumbuh dan tidak surut-surut.

Wanita yang sedang hamil itu memaklumkan tindakannya itu telah membuatkan suaminya demam sebelum dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan beberapa hari kemudian.

“Saya kemudian memicit jerawat yang kelihatan sudah ‘matang’ dan kemerah-merahan. Namun pada esok hari, suami saya mengadu sakit kepala dan demam.

“Walaupun telah diberi ubat, keadaannya makin teruk. Malah, bahagian hidung kelihatan bengkak dan merah.

“Sampai beberapa hari masih demam tinggi saya bawa berjumpa doktor. Tapi anehnya ‘area’ hidung seperti bengkak merah dan suami selalu bagitahu dia pening kepala.

“Demamnya makin tinggi dan hasil laporan perubatan menunjukkan bahawa ada darah beku di bahagian hidung suami,” kongsinya.

Melihat keadaan itu, pihak hospital kemudiannya menjalankan pembedahan segera kepada si suami.

Walau bagaimanapun, Allah lebih sayangkan si suami apabila lelaki itu disahkan meninggal dunia dua hari selepas pembedahan.

“Doktor menjelaskan kepada saya bahawa ‘area’ hidung adalah kawasan yang sangat sensitif. Doktor juga maklumkan bahawa jerawat suami berada di kawasan yang dipanggil ‘segitiga kematian’.

“Suamiku meninggal dunia kerana aku memicit jerawat itu sehingga membuatkan pembuluh darahnya pecah.

“Ternyata yang sudah membunuh suamiku adalah tanganku sendiri,” kongsinya.

Menerusi perkongsian yang sama, wanita ini meluahkan rasa kesal malah tidak henti menyalahkan dirinya atas apa yang telah berlaku.

Hantaran itu kemudiannya tular dan meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati dengan keadaan yang berlaku.

Sumber: TikTok

Must-Watch Video

Advertisement