Skip to main content

Berita Tempatan

Selepas Ditidurkan, Tangan Atlet Negara Pula Dipotong

Selepas Ditidurkan, Tangan Atlet Negara Pula Dipotong

Sekilas

  • Atlet angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin, telah menjalani pembedahan selepas kemalangan motosikal yang menyebabkan kecederaan serius.
  • Tangan kanannya terpaksa dipotong kerana salur darah dan sistem saraf tidak berfungsi, demi menyelamatkan nyawanya.
  • Hafizuddin merupakan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2026 dan pemegang rekod kebangsaan dalam acara snatch.
Advertisement

Perkembangan terbaharu mengenai kemalangan jalan raya melibatkan atlet angkat berat negara, Muhammad Hafizuddin Roslin, telah selesai menjalani pembedahan menurut Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat oleh akbar tempatan.

Namun, terpaksa menelan kepahitan apabila tangan kanannya terpaksa dipotong dan tidak dapat diselamatkan berikutan salur darah dan sistem saraf pada bahagian tersebut yang tercedera tidak lagi berfungsi.

Advertisement

Katanya, saranan itu dibuat bagi menyelamatkan nyawa badang muda negara berusia 22 tahun itu.

Terdahulu, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Glasgow 2026 itu dipercayai terbabas daripada motosikal sebelum mengalami kecederaan serius, termasuk patah tulang tangan kanan serta kecederaan pada bahu kanan dan kepala.

Dia kemudiannya ditidurkan bagi membolehkan rawatan intensif diteruskan sebelum meneruskan pembedahan oleh pasukan perubatan.

Advertisement

Hafizuddin atau mesra disapa Udin mencipta rekod kebangsaan baharu acara snatch menerusi angkatan 162 kilogram, selain rekod baharu Sukan Komanwel dalam kategori berkenaan.

Sebarang kemas kini akan diketahui dari masa ke semasa. Teruskan bersama Stadium Astro untuk perkembangan seterusnya.

Sumber: Stadium Astro
Kredit foto -- RTM

Anda mungkin berminat dengan

Nike Dri-FIT Men's Total 90 Soccer Jersey - White [IB4219-100]

Nike Dri-FIT Men's Total 90 Soccer Jersey - White [IB4219-100]

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

Short Sleeve T-shirt Set Men Summer Two Piece Sets Baju T Shirt Lelaki Sports Set Men Fashion Casual Set Summer Korean Short-sleeved T-shirt Men's Two-piece Shorts T-shirt

Short Sleeve T-shirt Set Men Summer Two Piece Sets Baju T Shirt Lelaki Sports Set Men Fashion Casual Set Summer Korean Short-sleeved T-shirt Men's Two-piece Shorts T-shirt

New Balance Unisex 9060 (Standard) - RAINCLOUD

New Balance Unisex 9060 (Standard) - RAINCLOUD

Yonex Unisex Yonex Skill 6 Badminton Shoe (SKILL6-WTBK) Sport Planet 62-02

Yonex Unisex Yonex Skill 6 Badminton Shoe (SKILL6-WTBK) Sport Planet 62-02

Must Watch Video

Advertisement