Skip to main content

Selebriti

Nigel Sparks 'Speechless' Dengar Soalan, Netizen Puji Cara Sarimah Ibrahim Temu Bual - "Ini Momen Yang Jarang Berlaku"

CP Sarimah Nigel

Pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas video temu bualnya bersama personaliti media sosial dan usahawan, Nigel Sparks dalam program Tumpah Teh With Sarimah tular di media sosial.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, individu berkenaan tidak menyangka bahawa interaksi Sarimah dan Nigel mampu menyentuh hatinya.

Menurut individu yang dikenali sebagai Khairul Akmal, pada awalnya dia bersikap skeptikal kerana menganggap kandungan selebriti biasanya sekadar hiburan ringan semata-mata.

Namun, ketika temu bual berlangsung, Sarimah bertanya kepada Nigel siapa yang sebenarnya akan ‘payung’ dirinya, kerana selama ini Nigel sering membantu dan menyokong orang di sekelilingnya.

Pertanyaan tersebut membuatkan Nigel sedikit terkedu, seolah-olah memendam cerita hidup yang tidak pernah diluahkan.

"Baru lepas tonton video 40 minit Sarimah Ibrahim dan Nigel Sparks Capicity. Mula-mula rasa skeptikal sebab selalunya selebriti punya video tak mendalam sangat dan lebih kepada hiburan.

“Tapi selepas tonton ni sedap pula content dia. Sampai terkedu Nigel nak jawab," tulis individu tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan tersentuh dengan pertanyaan Sarimah.

Antara komen yang diterima adalah:

"Nigel terus faham soalan tu. Tak payah penjelasan pun. Maksudnya soalan tu sangat mendalam.

"Sarimah adalah pengacara yang paling saya minat dari dulu sampai sekarang.

"Saya suka aura, keperibadian Sarimah dan the fact yang dia ada degree in psychology sangat hebat. Saya nak jadi macam dia.

"Yang pasti belum beberapa minit aku tengok, dah menangis dengar soalan dan jawapan.

"Ini momen yang sangat jarang berlaku wow," komen netizen

Saksikan episod penuh Tumpah Teh With Sarimah yang bersiaran sebanyak lapan episod bersama tetamu istimewa, setiap Khamis jam 8 malam di semua platform Gempak.

Must-Watch Video

Advertisement