Skip to main content

Selebriti

Noraniza Idris Mahu Lagu Raya Kekal 'Evergreen', Tak Perlu Terlalu Ikut Trend - "Saya Paling Suka Dengar Lagu..."

noraniza idris lagu raya

Sekilas

  • Noraniza Idris memuji lagu raya terbaru Shiha Zikir kerana mempunyai jiwa Melayu yang kuat dan alunan yang sempurna.
  • Beliau menegaskan lagu raya seharusnya dihasilkan secara sederhana tanpa terlalu mengejar trend semasa.
  • Noraniza menekankan pentingnya mengekalkan elemen irama Malaysia tradisional agar lagu raya kekal evergreen dan bermakna.
Advertisement

Ratu Irama Tradisional dan Etnik Kreatif, Noraniza Idris berkongsi bahawa lagu raya terbaharu yang paling disukainya tahun ini ialah lagu raya nyanyian Shiha Zikir.

Menurutnya, lagu tersebut mempunyai jiwa Melayu yang kuat selain alunan yang tiada cacat celanya.

Advertisement

"Lagu raya baru tahun ini, saya paling suka dengar lagu Shiha Zikir. Kuat rasa melayunya. Lenggok simple sahaja tetapi alunannya sempurna," tulisnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Dikir Puteri itu menegaskan bahawa lagu raya seharusnya dihasilkan secara sederhana dan tidak perlu terlalu mengejar trend semasa kerana berpendapat setiap lagu raya mempunyai jiwa tersendiri.

"Lagu raya tidak perlu terlalu kreatif dan tidak perlu bersaing sangat dengan trend sekarang. Lagu Raya ada jiwanya tersendiri," ujarnya.

Tambahnya lagi, lagu raya tidak jauh berbeza dengan lagu-lagu irama Malaysia dan elemen tersebut perlu dikekalkan agar karya yang dihasilkan mampu bertahan lama.

"Lagu Raya tidak sama mood dan rasanya sama seperti mencipta lagu-lagu etnik atau irama Malaysia biasa yang lain. Kekalkan sahaja mood jiwa lagu zaman dahulu untuk kekal evergreen.

"Lagu raya adalah jiwa orang Melayu yang lembut. Sayu meninggalkan ramadan untuk satu kejayaan," jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement