Skip to main content

Selebriti

"Orang Kita Terlalu Taksub..." - Khairul Aming Tegur Trend Bermegah Dengan Kejayaan Lama

Khairul Aming

Sekilas

  • Khairul Aming berkongsi pandangan tentang realiti dunia digital dan perniagaan, menegaskan bahawa kejayaan hanya bertahan seketika dan hormat perlu diterima, bukan dipaksa.
  • Beliau menegaskan pentingnya untuk tidak terlalu terikat dengan kejayaan lalu dan sentiasa fokus untuk bergerak ke hadapan tanpa duduk dalam zon selesa.
  • Walaupun bekerja tanpa henti sehingga ahli kumpulannya penat melihat, Khairul tetap gembira dengan usaha gigihnya dalam perniagaan.

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming menjadi perhatian ramai selepas berkongsi nasihat mengenai dunia digital dan realiti sebenar dalam perniagaan.

Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads yang dikenali sebagai Hafizatul Atikah, Khairul berkata ramai yang terlalu ingin hidup seperti CEO dan terlalu bangga dengan kejayaan sendiri.

"orang kita terlalu taksub untuk hidup seperti CEO. Ada status dan imej. Sejujurnya, tiada orang yang kisah. Hormat bukan untuk diberi tetapi diterima. Dalam dunia sekarang, pencapaian awak akan tahan semalaman sahaja.

"Ada orang buat video harian cecah 5 ke 10 ribu tontonan tetapi pin video satu juta yang dah tiga tahun lepas. Move on. Bila awak buat benda tu, awak akan rasa diri awak pernah Berjaya," katanya.

Pemilik Sambal Nyet itu juga berkata dia tidak suka berada dalam zon selesa dan lebih fokus kepada masa depan.

"Kalau tahun ni saya dapat pecah lebih banyak hasil jualan berbanding sebelum ini, saya tidak akan rasa bagus sebab saya dah lupakan rekod tu dan bergerak ke hadapan. Video FYP awak buat tu dalam 5 saat orang boleh lupa.  Saya cepat move on dari kejayaan saya. Saya tak suka duduk dalam zon selesa," ujarnya.

Katanya lagi, ahli kumpulannya sendiri penat melihat dia gigih bekerja tanpa henti, namun kerja tersebut membuatkannya rasa gembira.

"Ahli kumpulan saya sampai tak larat nak tengok

Must-Watch Video

Advertisement