Pelakon Fatiya Latiff mengakui dirinya berasa lega apabila menyedari dia sudah mencapai kestabilan hidup lebih awal berbanding kebanyakan orang.
Menerusi perkongsian di Threads, Fatiya berkongsi pandangannya bahawa kebanyakan individu akan bersara sekitar usia 70 tahun.
Namun, pada usia 38 tahun, dia sudah memilih untuk 'berehat' lebih awal.
"Saya rasa saya dah 'settle down' awal. Orang lain 70 tahun baru pencen, saya umur 38 dah pencen," tulisnya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan reaksi positif dengan mengucapkan tahniah kepada aktres drama Ariana Rose itu.
"Nikmati masa tenang anda.
"Untung la.
"Tahniah, sangat lega bila dengar perkara ini," komen netizen.