Skip to main content

Selebriti

"Orang Macam Kita Selalu Berkorban Sejak Zaman Kanak-Kanak" - Mimi Fly

Mimi fly korban

Sekilas

  • Penyanyi Mimi Fly mengakui sering mengutamakan kebahagiaan orang lain berbanding diri sendiri sejak kecil.
  • Dia berkongsi tip untuk mendahulukan diri sendiri dengan membuat senarai keinginan dan berusaha mencapainya secara berperingkat.
  • Rata-rata netizen bersetuju dengan pendekatan Mimi dan berharap dapat mengamalkannya dengan jayanya.

Penyanyi Mimi Fly mengakui dia antara individu yang sering mengutamakan kebahagiaan orang lain berbanding diri sendiri.

Menerusi hantaran di Threads, Mimi atau nama penuhnya Shamimi Amalina Norhisham berkata demikian susulan satu pertanyaan terbuka daripada seorang netizen mengenai cara untuk mendahulukan diri sendiri dalam kehidupan seharian.

“Faham. Untuk orang macam kita yang selalu kena berkorban sejak zaman kanak-kanak,” tulisnya.

Dalam hantaran sama pelantun lagu Angkat itu turut berkongsi pendekatan yang diamalkannya bagi memenuhi keperluan dan kemahuan diri sendiri secara lebih sihat.

Menurutnya, seseorang itu perlu mula memberi perhatian kepada kehendak diri dengan membuat senarai perkara yang diinginkan, sebelum berusaha untuk mencapainya secara berperingkat dan konsisten.

“Kita kena beri lebih tumpuan pada apa yang kita mahukan. Pertama sekali, saya kena catat dulu apa yang saya nak walaupun ia susah untuk dibuat memandangkan saya tidak biasa bertanya pada diri sendiri.

“Selepas itu, pilih salah satu kemahuan tersebut dan usaha sampai dapat. Kemudian ulang langkah yang sama. Semoga bermanfaat,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tip yang dikongsikan oleh Mimi dan berharap dapat melakukan perkara tersebut dengan jayanya.



 

Anda mungkin berminat dengan

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement