Skip to main content

Berita

Padang Terap ‘Panaih Lit Lit’, Hulu Perak & Rembau Antara Kawasan Bercuaca Tinggi… Orang Ramai Disaran Banyakkan Minum Air

Cuaca Panas

Sekilas

  • MetMalaysia mengesahkan 13 kawasan di utara Semenanjung mengalami cuaca panas dengan Padang Terap berada pada Tahap 2 gelombang haba, mencatat suhu antara 37 hingga 40 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.
  • Selain Padang Terap, 12 kawasan lain di utara termasuk Perlis, beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan berada pada Tahap 1 berjaga-jaga dengan suhu maksimum antara 35 hingga 37 darjah Celsius.
  • Sabah dan Sarawak mencatat suhu normal di bawah 35 darjah Celsius, dan tiada kawasan dilaporkan berada pada Tahap 3 gelombang haba ekstrem setakat ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas dengan sebanyak 13 kawasan di bahagian utara Semenanjung mencatatkan cuaca panas.

Menerusi pengumuman yang dibuat, kawasan seperti Padang Terap berada pada Tahap 2 atau gelombang haba dengan mencatatkan suhu 37 sehingga 40 darjah Celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut manakala 12 lagi lokasi di utara berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) apabila mencatatkan suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius.

Difahamkan, kawasan yang terlibat merangkumi seluruh negeri Perlis serta lapan daerah di Kedah iaitu Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu.

Dalam pada itu, terdapat beberapa kawasan lain yang terlibat termasuklah kawasan Timur Laut di Pulau Pinang, Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak, Jerantut (Pahang) serta Rembau di Negeri Sembilan.

“Kawasan Padang Terap di Kedah kekal berada pada Tahap 2 (gelombang haba) dengan suhu mencecah sehingga 37 hingga 40 darjah Celsius,” lapor MetMalaysia.

Bagi kawasan di Sabah dan Sarawak pula dilaporkan berada pada paras normal dengan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius.

Bagaimanapun, tiada kawasan direkodkan berada pada Tahap 3 (gelombang haba ekstrem) setakat ini.

Sumber: Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement