Skip to main content

Berita

Pecah Rekod Lagi! Khairul Aming Raih Jualan RM2.3 Juta Di Livestream TikTokShop

Khairul Aming
Advertisement

Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming sekali lagi mencipta sejarah selepas berjaya mencatat jualan tertinggi dalam sejarah livestream TikTokShop Malaysia.

Berita baik itu dikongsikan sendiri oleh pengusaha restoran Rembayung menerusi satu hantaran di platform X.

Advertisement

“Alhamdulillah, kita pecah rekod baru hari ni. Sales tertinggi dalam sejarah livestream TikTokShop Malaysia dengan jualan 2.3 juta ringgit hari ni. Terima kasih semua,” kongsinya.

Sesi penyiaran langsung yang mencatatkan rekod tersebut dijalankan di restoran beliau, Rembayung, yang kini berfungsi sebagai lokasi livestream terbesar di Malaysia dengan sokongan 10 hos bersama.

Pencapaian terbaharu ini mengatasi rekod-rekod beliau sebelum ini, termasuk kejayaan menjual produk 'Dendeng Nyet Berapi' bernilai RM1.2 juta dalam masa hanya beberapa minit pada awal tahun lalu.

Selain kejayaan komersial, siri popular beliau '30 Hari 30 Resipi' yang sinonim dengan kedatangan bulan Ramadan turut kembali mendapat sambutan hangat daripada pengikut setianya di seluruh negara.

Rekod ini sekali lagi mengukuhkan kedudukan Khairul Aming sebagai antara pencipta kandungan paling berpengaruh di Malaysia, menggabungkan kreativiti, komuniti dan strategi perniagaan digital yang berkesan.

 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement