Skip to main content

Antarabangsa

Pekerja Hospital Didakwa Masak, Makan Mayat Manusia

Astrogempak MAYAT

Sekilas

  • Seorang pekerja hospital di Hungary ditahan selepas didakwa menyimpan dan memasak bahagian tubuh manusia dari mayat.
  • Polis menemui koleksi mengerikan termasuk tengkorak, tangan, kaki, dan organ yang diawet dalam serbuan di apartmennya.
  • Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti asal-usul bahagian tubuh tersebut dan kemungkinan pertuduhan tambahan.
Advertisement

Seorang pekerja hospital di Hungary ditahan selepas didakwa menyimpan bahagian tubuh manusia, malah mengaku memasak serta memakan sebahagian daripada mayat tersebut, menurut pihak berkuasa.

Polis di Budapest menahan lelaki berusia 30 tahun itu minggu lalu selepas menerima maklumat bahawa dia menyimpan bahagian tubuh manusia secara haram.

Advertisement

Hasil serbuan ke atas apartmennya menemukan koleksi mengerikan yang merangkumi beberapa tengkorak manusia, sepotong tangan, bahagian kaki dari lutut ke bawah serta wajah yang dibentuk semula menggunakan kulit manusia.

Namun, dakwaan paling mengejutkan muncul ketika sesi soal siasat apabila suspek dikatakan mengaku mempunyai minat yang luar biasa terhadap bahagian tubuh manusia.

Menurut polis, lelaki itu mengaku menyediakan makanan menggunakan sebahagian daripada sisa mayat tersebut sebelum memakannya.

Pihak berkuasa turut menemui tulang yang disimpan di dalam sebuah beg pakaian serta satu organ jantung yang diawet dalam balang.

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan bagi menentukan sama ada organ tersebut milik manusia atau haiwan.

Menurut penyiasat, suspek dipercayai memperoleh sebahagian daripada sisa mayat itu melalui pekerjaannya di hospital, manakala selebihnya digali dari tanah perkuburan lama yang terbiar di Hungary dan negara jiran, Slovakia.

Lelaki itu kini ditahan atas syak wasangka menggunakan sisa mayat manusia secara haram.

Polis bagaimanapun memaklumkan bahawa pertuduhan tambahan mungkin dikenakan selepas pakar forensik mengenal pasti asal-usul semua bahagian tubuh manusia yang ditemui.

Siasatan lanjut masih diteruskan bagi menentukan sama ada terdapat unsur jenayah lain yang berkaitan dengan kes tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement