Skip to main content

Jenayah

"Pelanggan Pertama Percuma, Kedua & Seterusnya Dikenakan Bayaran" - Ibu Tunggal Buat Laporan Polis, Syak Anak Tawar Khidmat Seks Di Telegram

seks_telegram

Seorang ibu tunggal membuat laporan polis Sabtu lalu mendakwa mengesyaki anak perempuan berusia 15 tahun menawarkan perkhidmatan seksual melalui Telegram.

Menurut sumber, ibu berusia 43 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci itu membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh.

Advertisement

Sumber itu berkata, wanita itu mendakwa anak sulungnya memaklumkan perkara itu kepadanya ketika berada di rumah di Jerteh, Terengganu, pada 15 September lalu.

"Menurut wanita itu, anak sulungnya memberitahu anak perempuan berusia 15 tahun menawarkan perkhidmatan seks.

"Menurutnya, anak keenam daripada tujuh beradik itu menawarkan perkhidmatan melalui Telegram secara percuma untuk pelanggan pertama dan untuk kali kedua dan seterusnya, bayaran akan dikenakan.

"Ibu itu percaya anak perempuannya pernah melakukan hubungan seksual dengan beberapa lelaki.

"Dia membuat laporan itu untuk membolehkan polis mengambil tindakan selanjutnya," kata sumber itu kepada NST.

Difahamkan, anak perempuan pengadu dan adik-beradiknya yang lain tinggal bersama bapanya di Kampung Gong Tinggi, Pasir Puteh selepas ibu bapa mereka bercerai 10 tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan kes itu dan berkata polis masih menyiasat kes itu.

Sumber: BH

Must-Watch Video

Advertisement