Skip to main content

Antarabangsa

Pemilik Disaman RM18,000 Gara-Gara Pencuri Kereta Tidak Pakai Tali Pinggang Keledar

Saman
Advertisement

Sepasang suami isteri di Australia berdepan situasi mengejutkan apabila dikenakan denda lebih AUD6,000 (kira-kira RM18,000) walaupun mereka sebenarnya mangsa pencerobohan rumah.

Memetik laporan Daily Mail, kejadian berlaku pada Januari lalu ketika mangsa sedang tidur sebelum beberapa individu bertopeng menceroboh masuk ke kediaman mereka.

Suspek dipercayai telah memperoleh kunci kenderaan sebelum cuba memasuki bilik tidur pasangan itu bagi mendapatkan kunci lain.

Advertisement

Penceroboh kemudian mengambil beberapa barangan termasuk beg gimnasium, kasut dan peralatan rumah.

Mangsa yang terjaga akibat bunyi bising bertindak mengejar suspek keluar dari rumah dan segera menghubungi polis, namun mendakwa pihak berkuasa tidak hadir ke lokasi ketika itu.

Suspek bagaimana pun bertindak datang semula ke kediaman berkenaan dan melarikan sebuah kenderaan milik mangsa.

Insiden itu turut memberi kesan emosi kepada anak mereka yang masih kecil sehingga terpaksa mendapatkan bantuan psikologi akibat trauma kejadian berkenaan.

Setakat ini, suspek masih belum ditahan dan pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada denda tersebut akan dibatalkan.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement