Skip to main content

Berita

Penarikan Balik Dan Permohonan Maaf Tanpa Syarat Kepada Datuk Vinod Sekhar

Penarikan Balik Dan Permohonan Maaf Tanpa Syarat Kepada Datuk Vinod Sekhar
Advertisement

Gempak dengan ini menerbitkan penarikan balik sepenuhnya dan tanpa syarat terhadap kenyataan-kenyataan serta permohonan maaf yang tulus dan ikhlas kepada Datuk Vinod Sekhar (Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petra Group) dan Petra Group of Companies, berhubung dengan suatu artikel yang diterbitkan di portal kami pada 29 November 2021.

Artikel tersebut bertajuk “Pejabat Vinod Sekhar diserbu? Wujud Dakwaan Terlibat Dalam Pengubahan Wang Haram, Lapor MalaysiaNow”.

Advertisement

 

Penarikan Balik Dakwaan-Dakwaan

Kami dengan tegasnya menarik balik artikel tersebut dan dakwaan-dakwaan yang dibuat dalam penerbitan tersebut. Artikel tersebut telah diterbitkan tanpa berbincang dengan Datuk Vinod Sekhar untuk mendapatkan apa-apa komen atau penjelasan berhubung dengannya.

 

Permohonan Maaf Kami

Kami difahamkan bahawa penerbitan artikel tersebut telah menyebabkan kesan negatif kepada reputasi perniagaan, maruah dan muhibah Datuk Vinod Sekhar dan Petra Group. Kami telah dimaklumkan bahawa tiada “serbuan” sedemikian berlaku. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk Vinod Sekhar tidak pernah disoal siasat oleh SPRM dan tiada siasatan terhadap beliau atau Petra Group wujud.

Gempak tidak mempunyai agenda peribadi, permusuhan atau niat buruk terhadap Datuk Vinod Sekhar. Kami menyampaikan permohonan maaf kami yang tanpa syarat, tanpa sebarang batasan dan tulus ikhlas kepada Datuk Vinod Sekhar dan Petra Group atas penerbitan artikel tersebut. Tiada niat untuk mencemarkan nama atau reputasi Datuk Vinod Sekhar melalui penerbitan tersebut.

GEMPAK

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement