Skip to main content

Selebriti

Pencalonan Terakhir Arwah Jalil Hamid, Anak Jadi Wakil Ke Anugerah Seri Angkasa - “Saya Bukanlah Sesiapa Jika…”

Pencalonan Terakhir Arwah Jalil Hamid, Anak Jadi Wakil Ke Anugerah Seri Angkasa - “Saya Bukanlah Sesiapa Jika…”

Sekilas

  • Afiqah, anak perempuan Allahyarham Jalil Hamid, akan mewakili bapanya pada pencalonan terakhir Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026.
  • Arwah Jalil tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menerusi drama Kalam Murabbi dan Pimpinku Ke Jannah.
  • Afiqah menyatakan komitmennya untuk membawa nama baik bapanya walaupun merasa dirinya tidak setanding dengan usaha bapanya sepanjang hampir 47 tahun dalam industri lakonan.
Advertisement

Anak perempuan kepada pelakon veteran, Allahyarham Jalil Hamid iaitu Afiqah berkongsi dirinya bakal mewakili bapanya untuk pencalonan terakhir bagi Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026.

Menerusi perkongsian di Instagram, Afiqah mengimbau semula momen gembira setiap kali melihat ayahnya mengecapi sesuatu kejayaan.

Advertisement

Malah, dia juga menjadi saksi melihat perjalanan karier ayahnya sepanjang terlibat di dalam industri lakonan dan tidak pernah berhenti menyokong bapa kesayangannya itu.

“Menjadi anak perempuan yang sentiasa bersorak untuk ayah, bertepuk tangan dengan penuh gembira, meraikan setiap kali ayah menang serta menangis dalam doa setiap kali ayah tidak berjaya.

“Kini, saya menjadi insan yang akan mewakili ayah pada pencalonan terakhir ayah untuk anugerah Seri Angkasa,”tulisnya.

Advertisement

Menurut Afiqah, meskipun dia merasakan kehadirinya dirinya tidak layak jika ingin dibandingkan dengan usaha bapanya, namun dia akan tetap hadir bagi membawa nama baik bapanya.

“Saya bukanlah sesiapa jika ingin dibandingkan dengan segala usaha gigih yang telah ayah curahkan sepanjang hampir 47 tahun dalam industri ini.

“Namun, saya adalah anak perempuan ayah dan saya akan berada di sana.

“Saya akan hadir ke majlis Anugerah Seri Angkasa bagi mewakili ayah, membawa nama ayah dan sentiasa menyimpan ayah erat di dalam hati. Demi ayah, selamanya,”ujarnya.

Sekadar info, arwah Jalil tercalon bagi kategori Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik di ASA2026 menerusi drama yang dibintanginya iaitu Kalam Murabbi dan Pimpinku Ke Jannah.

Sebelum ini, arwah Jalil dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di kediamannya sekitar pukul 12.30 tengah hari pada 4 Mei lalu.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

Maybelline Fit Me Concealer - Oil Free, Natural Coverage, Lightweight Formula with Natural-Looking Coverage for Flawless

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Must Watch Video

Advertisement