Skip to main content

Selebriti

Penerimaan Peminat Di China Didakwa Lebih Besar Berbanding Negara Sendiri, Shila Amzah Tak Ambil Hati - "Ia Tiada Kaitan Tentang Saya..."

WhatsApp Image 2026 04 18 at 3.29.02 PM

Sekilas

  • Shila Amzah menegaskan bahawa sokongan peminat di China dan Malaysia berbeza tetapi dia tetap memberikan yang terbaik tanpa mengira lokasi.
  • Dia tidak rasa lebih menyerlah di China dan menganggap tenaga penonton mempengaruhi prestasinya di atas pentas.
  • Shila sentiasa melakukan refleksi diri untuk kekal fokus pada matlamat asal dan berterima kasih atas sokongan luar biasa peminat di China, terutamanya selepas lagu 'Dao Shi Shuo Ai Wo' menjadi viral.

Penyanyi Shila Amzah tampil memberi pandangan selepas ada pihak yang membuat perbandingan mengenai sambutan peminatnya di China didakwa lebih besar berbanding di Malaysia.

Menurut Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, perkara tersebut berada di luar kawalannya, namun dia tetap akan memberikan yang terbaik buat peminatnya tidak kira di mana sahaja dia berada.

"Bagi saya, kesukaan orang itu adalah satu perkara yang di luar bidang kuasa saya. Jadi, walau di mana sahaja saya berada, tidak kisahlah di Malaysia mahupun China, usaha saya dan minat saya terhadap bidang yang saya ceburi ini tetap sama sebenarnya,"katanya kepada Gempak.

Shila berkata demikian ketika ditemui selepas membuat persembahan pada hari pertama AJL40 SA di Studio TV3, Glenmarie, malam tadi.

Shila turut menegaskan tiada istilah bahawa dia lebih menyerlah di China berbanding Malaysia, sebaliknya faktor sokongan penonton yang berbeza memberi kesan kepada persembahannya di atas pentas.

"Tiada kaitan tentang saya mungkin lebih perform di sana berbanding di Malaysia. Namun, dari segi penerimaan itu, bagi saya, apabila saya beraksi di atas pentas, saya sebenarnya sedang meresap tenaga orang. Dan pastilah jika ada lebihan tenaga, ia akan memberi lebih banyak dorongan kepada saya untuk membuat yang lebih baik daripada sebelum.

"Selain itu, mungkin perbandingan dari segi tempat sahaja. Tetapi saya tak ambil hati pun. Saya rasa baik-baik sahaja,"ujarnya.

Ditanya mengenai kebimbangan sekiranya peminat tempatan melupakannya susulan fokus kerjayanya di luar negara, Shila mengakui dia sentiasa melakukan refleksi diri bagi memastikan dirinya kekal dengan matlamat asalnya dalam dunia seni.

"Sejujurnya, setiap hari saya persoalkan diri saya. Saya yakin ramai yang merasai perkara ini, bukan saya seorang sahaja. Hari-hari saya berdiri di depan cermin dan mengingatkan diri saya tetang siapa diri saya sebenarnya, kenapa saya berada di situ, dan semoga saya tak lupa niat asal saya.

"Pastilah saya juga tak jangkakan perkara itu, tetapi saya akui rasa berat hati untuk saya tengok perkara itu, terutama ketika saya berada di bandar yang terakhir di Nanjing, China. Saya memang sangat emosi terutama pula saya merupakan seorang ibu. Jadi, perasaan itu memang tak boleh nak diungkapkan. Terharu dengan apa yang mereka berikan pada saya.

"Sebab itulah, saya cuba sedaya upaya untuk memberi sesuatu kembali pada mereka. Mereka juga ada minta lagu baru. Saya juga ingin berterima kasih pada mendiang Khalil Fong yang menulis lagu saya iaitu 'Dao Shi Shuo Ai Wo' sehingga tular di China sehingga meraih 800 hingga 900 juta penonton. Fenomena itulah menyebabkan saya berpeluang melakukan touring menarik peminat baharu,"kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must-Watch Video

Advertisement