Skip to main content

Viral

Penuntut IPT Didakwa Seks Oral Dengan Calon SPM Dalam Myvi

seks_oral

Sekilas

  • Seorang penuntut IPT di Jeli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan seks oral terhadap kekasihnya yang masih calon SPM.
  • Tertuduh mengaku tidak bersalah dan didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
  • Mahkamah membenarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan kes untuk sebutan semula pada 11 Januari tahun depan.

Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) di Jeli dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelatan pada Selasa atas dua pertuduhan melakukan seks oral terhadap kekasihnya yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), lebih seminggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Yushakimi Jamaludin, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim, Zulkpli Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Yushakimi didakwa sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun 10 bulan itu dalam sebuah Perodua Myvi di tempat letak kereta Lata Janggut, Jeli, pada jam 2.30 petang, 29 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah seksyen 377B Kanun yang sama dan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta hendaklah disebat, jika sabit kesalahan.

Pada pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum dibawah seksyen 14 Akta yang sama.

Sabit kesalahan mengikut Seksyen 14 Akta 792, pesalah boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aiysha Na’ilah Harizan menawarkan jaminan RM20,000 bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam, Habibah Wahab merayu jaminan itu dikurangkan.

“Tertuduh masih muda dan kini menuntut di semester lima, dua semester lagi untuk tamat pengajian.

“Ibu bapa tertuduh juga hadir pada hari ini dari Ipoh, Perak untuk membayar jaminan,” katanya.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat RM10,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan pada 11 Januari tahun depan untuk sebutan semula.

Sebelum ini, akhbar melaporkan seorang penuntut universiti dan calon SPM yang ditahan selepas melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Kampung Rabbana, Jeli dipercayai tidak sempat melakukan hubungan tidak bermoral di dalam kereta.

Pasangan kekasih itu ditahan polis yang mengejar kereta dinaiki mereka.

Sumber: Sinar Harian

Must-Watch Video

Advertisement