Skip to main content

Selebriti

Penyanyi Vidi Aldiano Meninggal Dunia Pada 17 Ramadan

Bakar isteri

Sekilas

  • Vidi Aldiano, penyanyi Indonesia, meninggal dunia pada usia 35 tahun selepas enam tahun melawan kanser.
  • Berita pemergian Vidi disahkan oleh keluarganya dan beliau meninggal ditemani ahli keluarga pada hari ke-17 Ramadan.
  • Sepanjang tempoh sakit, Vidi berkongsi pengalaman dan perubahan mindset yang membuatnya lebih bersyukur dan menghargai kehidupan.

Perjuangan hidup penyanyi Indonesia, Vidi Aldiano melawan kanser yang menyerang sejak enam tahun lalu berakhir apabila dilaporkan meninggal dunia pada usia 35 tahun.

Vidi atau nama sebenarnya, Oxavia Aldiano meninggal dunia sekitar pukul 4.33 petang waktu tempatan pada hari ke-17 Ramadan.

Berita pemergian suami pelakon Sore: Istri Dari Masa Depan,  Sheila Dara itu disampaikan oleh pihak keluarga menerusi ayahnya, Harry Kriss.

“Vidi meninggal dunia dengan ditemani seluruh keluarga, kami ikhlas terhadap pemergiannya,” ujar kenyataan yang diberikan kepada pihak media seperti dilaporkan Insertlive.

Penyanyi Nuansa Benting itu pernah mencurahkan isi hatinya yang sudah enam tahun menghidap kanser.

"Hari ini tepat 6 tahun saya berkenalan dengan hadiah Tuhan berupa Kanser," tulis Vidi Aldiano.

Dia mengaku sejak pertama kali menghidap kanser, dirinya banyak mengalami perubahan termasuk kepentingan dan pola fikir.

Vidi malah menyifatkan penyakit yang dihidapi sebagai hikmah sekaligus membuat dirinya lebih bersyukur.

"Banyak perubahan sejak hari itu. Banyak keutamaan berubah. Mindset shifted. Dan cara aku melihat dunia, bersyukur akan hal-hal yang sebelumnya tidak pernah disedari dan boleh melihat sebuah cubaan menjadi sebuah hikmah, banyak sekali kamu merubahku.

"Terima kasih kanser kerana kamu, aku belajar banyak selama 6 tahun terakhir. Erti kesabaran, erti berserah, erti ikhlas dan erti mencintai orang-orang yang genuine, sepenuhnya," tambahnya.

Meski begitu, sebagai manusia biasa, dia tetap berharap agar sembuh daripada penyakitnya.

"Ku harap perjumpaan kita bisa berakhir secepatnya sesuai izin dari yang Maha Kuasa. Namun ku menerima penuh kamu menjadi bahagian dari diriku selama 6 tahun belakang ini," tutup Vidi Aldiano pada luahan yang ditulis Disember 2025 lalu.

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

TIARA Premium Embroidery Baggy Kurung

Must-Watch Video

Advertisement