Skip to main content

Acara

Perdana Menteri Lancar Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2026

Perdana Menteri Lancar Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan & Kibar Jalur Gemilang 2026

Sekilas

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 di Ipoh, Perak.
  • Lagu tema HKHM 2026 bertajuk Aku Berjanji nyanyian Faizal Tahir diperkenalkan dengan mesej perpaduan dan cinta negara.
  • Pelbagai program patriotik dan aktiviti kesihatan diadakan, mengajak rakyat mengibarkan Jalur Gemilang dan menyokong sambutan Bulan Kebangsaan 2026.
Advertisement

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah merasmikan Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang (MPBKKJG) 2026 di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah (ILKKM SAS), Ipoh, Perak.

Sempena majlis tersebut, lagu tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 bertajuk Aku Berjanji, nyanyian Faizal Tahir, didendangkan buat julung kalinya kepada orang ramai. 

Advertisement

Lagu ini membawa mesej kebersamaan, perpaduan dan semangat cinta akan negara dalam usaha mempertahankan kedaulatan tanah air.

Majlis yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak itu dimeriahkan dengan persembahan pergendangan tradisional Melayu, Cina, India dan Gong Borneo oleh pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), selain persembahan koir lagu patriotik oleh pelatih ILKKM SAS bersama artis PENTARAMA JAPEN.

Pada sebelah pagi, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah telah menyempurnakan pelepasan lebih 2,000 peserta Larian Patriot Merdeka. 

Advertisement

Turut berlangsung ialah Program Kita MADANI yang menampilkan pelbagai pengisian, termasuk Pameran Kenegaraan JAPEN, Wellness on Wheels (WOW),Klinik Pergigian dan NADI on Wheels (NOW). 

Program ini dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara Kementerian Kesihatan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.

MPBKKJG 2026 menandakan permulaan Sambutan Bulan Kebangsaan 2026.

Sehubungan dengan itu, rakyat diseru agar bersama-sama menzahirkan semangat patriotik dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing serta menyokong pelbagai program patriotik yang dianjurkan oleh kementerian, jabatan, agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara.


#HKM2026 #MalaysiaMADANI #KesejahteraanDinikmati

Anda mungkin berminat dengan

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 ⭐women shirt Muslim French sweet round neck design loose versatile puff sleeve shirt(S-3XL)

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

Telekung Basic LEORA | Soft Cotton | Telekung Hadiah Gift Box Set | Travel Friendly | Telekungtea

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

LIGHTNING ASE CASUAL SNEAKERS FOR MEN AND WOMEN

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

Must Watch Video

Advertisement