Skip to main content

Selebriti

Pernah Tak Dibenarkan Balik Raya, Nabil Ahmad Kongsi Pengalaman Pahit - "Arwah Ayah Terlalu Marah Sehingga..."

WhatsApp Image 2026 03 20 at 2.16.48 AM

Sekilas

  • Nabil Ahmad pernah mengalami pengalaman pahit apabila dihalang daripada pulang beraya bersama keluarga selepas melakukan kesilapan ketika baru menceburi industri hiburan.
  • Arwah ibunya memainkan peranan penting dalam memujuk arwah ayahnya untuk berbaik semula dengan Nabil, menyebabkan hubungan mereka kembali pulih.
  • Sejak itu, terutama selepas berkahwin, Nabil tidak lagi menghadapi masalah tersebut dan hubungannya dengan keluarga menjadi lebih baik.

Pengacara dan penyampai radio ERA FM, Nabil Ahmad mengimbau kembali pengalaman pahit yang pernah dilaluinya ketika menyambut Syawal yang sehingga kini menjadi pengajaran terbesar dalam kehidupannya.

Nabil atau nama penuhnya Ahmad Nabil Ahmad mendedahkan dia pernah dihalang daripada pulang beraya bersama keluarga selepas melakukan satu kesilapan sehingga terpaksa menyambut Syawal seorang diri.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika dia baru sahaja melangkah masuk ke dalam industri hiburan.

"Saya pernah ada kenangan terpaksa beraya bersendirian pada satu ketika dahulu sehingga saya tidak diterima oleh keluarga. Waktu itu saya baru sahaja menjadi artis. Pengalaman itu sebenarnya banyak mengajar saya tentang kehidupan.

"Arwah ayah terlalu marah sehingga tidak membenarkan saya pulang beraya. Jadi ketika itu saya benar-benar menyambut raya sendirian, malah duduk seorang diri di atas jalan raya," katanya kepada Gempak.

Ditanya mengenai bagaimana hubungan mereka kembali pulih, Nabil menjelaskan bahawa arwah ibunya menjadi individu yang memainkan peranan penting dalam merapatkan semula hubungan mereka dengan memujuk arwah ayahnya untuk berbaik semula dengannya.

Katanya, momen pertemuan semula itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam buat dirinya dan sejak itu perkara tersebut tidak lagi berulang terutama selepas dia mendirikan rumah tangga.

"Selepas saya menyertai Maharaja Lawak, arwah ibu akhirnya memujuk ayah dan mereka mahu berjumpa dengan saya semula. Waktu kami bertemu semula, memang sangat menyentuh hati. Kami akhirnya kembali berbaik.

"Selepas saya berkahwin pula, alhamdulillah semuanya kembali baik dan tiada lagi perkara seperti itu berlaku," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Must-Watch Video

Advertisement