Skip to main content

Selebriti

"Perut Jadi Gelebeh, Hitam & Pedih Bila Digaru" - Sally Whoo Kongsi Pengorbanan Seorang Ibu

Sally whoo pengorbanan ibu

Ringkasan AI

  • Sally Whoo berkongsi pengalaman perubahan fizikal selepas melahirkan anak di media sosialnya.
  • Dia menerima perubahan badan seperti perut gelebeh dan kulit nipis sebagai pengorbanan seorang ibu.
  • Sally menasihati orang ramai supaya menghargai pengorbanan ibu dalam membesarkan anak.
  • Rata-rata netizen memberi sokongan dan berkongsi pengalaman sama di ruangan komen.
  • Sally baru sahaja dikurniakan anak kembar berbeza jantina dan sudah mempunyai seorang anak lelaki bernama Ean Maleeq.

Pempengaruh dan personaliti media sosial, Sally Whoo menarik perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman dan pengorbanan seorang ibu di media sosialnya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Sally whoo atau nama sebenar Nur Salihah Aimuni berkata bahawa badannya mengalami perubahan sebaik sahaja melahirkan anaknya.

"Aku tahu aku tidak akan dapat badan seperti dahulu lagi. Aku tahu perut, lengan, dada, peha aku takkan jadi macam dulu lagi. Paling ekstrem, perut aku jadi gelebeh dan hitam. Kulit perut pun jadi nipis sampai garu pun terasa pedih. Habis pecah kulit," katanya.

Meskipun perubahan tersebut menghakis keyakinan dirinya, Sally reda dengan perkara tersebut dan menggangapnya sebagai sebahagian dari dugaan serta ujian yang perlu dilalui oleh setiap ibu.

Sally turut menasihati orang ramai agar menghargai ibu yang banyak berkorban demi membesarkan anak-anak.

"Ya aku boleh sorok pakai baju seluar tetapi tidak dengan keyakinan dalaman aku yang kini telah hilang. Sedih tapi inilah perngorbanan seorang ibu. Tak minta banyak, hargailah para ibu diluar sana," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama sambil memberikan kata-kata semangat buat Sally.

Baru-baru ini, Sally telah dikurniakan sepasang cahaya mata kembar berbeza jantina yang diumumkan melalui perkongsian di media sosial miliknya.

Sekadar rekod, Sally mendirikan rumah tangga bersama Toq dan hasil perkahwinan memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Ean Maleeq.

Sumber: Threads

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement