Skip to main content

Selebriti

Pilih ‘Kunci Mulut’, Athalia Enggan Dedahkan Identiti Lelaki Yang Mengganggunya - "Saya Sangat Rapat..." 

Athalia

Penyanyi, Athalia akui dihimpit soalan daripada orang ramai selepas ibunya, Sharifah Zarina mendedahkan dia diganggu oleh seorang lelaki berstatus suami orang. 

Menerusi hantaran di Threads, Athalia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki tersebut memandangkan dia sangat rapat dengan keluarga pelaku. 

"Minggu saya dipenuhi dengan soalan siapa pelaku tersebut dan saya cuba untuk tidak mendedahkan identitinya. "Bukan sebab saya tak mahu beritahu atau mendedahkan dirinya tetapi ia akan berikan kejutan yang besar memandangkan saya sangat rapat dengan kesemua ahli keluarganya kecuali pelaku tersebut," tulisnya. 

Dalam masa sama, Athalia juga tidak menyangka individu berkenaan sanggup melakukan perkara yang tidak wajar itu memandangkan dia telah menggangap lelaki tersebut seperti bapanya sendiri. 

"Ia juga membuatkan saya sangat keliru mengapa lelaki tersebut sanggup berbuat demikian pada saya dalam ramai-ramai orang. Dalam erti kata lain, saya boleh dikatakan seperti anak mereka sendiri. Ia sangat menjijikkan dan menyeramkan," ujarnya. 

Terdahulu, penyanyi, Sharifah Zarina menyorot perhatian apabila mendakwa anaknya, Athalia diganggu oleh seorang lelaki berstatus suami orang. Sharifah mendakwa bahawa lelaki tersebut kerap membalas komen di ruangan Instastory Athalia dengan alasan untuk bertanya khabar. 

Lebih parah, lelaki yang dikatakan suami kepada selebriti terkenal itu didakwa turut mempelawa Athalia untuk keluar berdua-duaan tanpa anak dan isterinya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement