Skip to main content

Selebriti

Pilih Nama Indra, Siti Saleha Selamat Lahir Cahaya Mata Pertama

Siti Saleha

Pelakon, Siti Saleha berkongsi berita gembira apabila dia selamat menimang cahaya mata sulung.

Menerusi perkongsian di Instagram, Saleha atau Siti Saleha Mohd Baharom memuat naik video anaknya yang dinamakan sebagai Indra.

"Bayi saya akhirnya di sini," tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, tiada info lanjut mengenai perkongsian kelahiran anaknya itu.

Untuk rekod, Saleha sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton pada Februari lalu selepas tiga tahun menyulam cinta.

Sebelum ini, pasangan itu mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pertama dan bakal menyambut kelahiran bayi lelaki dalam satu majlis 'gender reveal'.

Terdahulu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017, namun perkahwinan itu berakhir dengan perceraian selepas empat tahun.


Dalam perkembangan lain, Saleha turut memegang watak sebagai ketua polis menerusi siri premium terbaru, Bad Cop yang bakal ditayangkan pada 19 Disember 2025 ini.

Bad Cop arahan Jason Chong dan showrunner Kavivarmen Vigneswaran merupakan adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman 2017 yang juga diadaptasi di India pada 2024.

Must-Watch Video

Advertisement